RIMA | Rima bermakna bunyi yang bergema atau berulang di akhir perkataan. Dalam puisi, rima biasanya wujud di akhir baris, seperti dalam petikan daripada penyair Ireland, William Butler Yeats: | UMUM | |
SONETA | Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa Itali membawa makna <i>lagu kecili>. Dalam soneta Itali, <i>oktaf i>(lapan baris pertama) menyatakan tema atau pengalaman, sementara <i>sestet i>(enam baris terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada tema. Skema rima oktaf ialah <i>abbaabba i>(baris satu, empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga, enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya <i>cdecdei>. | UMUM | |
KUPLET | Kuplet ialah rima yang mempunyai dua baris. <I>Kuplet pancapada I>ialah satu bentuk pola irama Inggeris dalam pancapada iambik yang digunakan mengikut urutan. | UMUM | |
SLANGA BERIMA | Slanga berima ialah suatu bentuk bahasa berkod. Dalam kebanyakan slanga berima, istilah slanga terdiri daripada dua atau lebih kata setiap satunya. Kata terakhir dalam istilah itu adalah rima atau asonansi kata yang akan digunakan dalam pertuturan biasa. | UMUM | |
MOTHER GOOSE | Mother Goose ialah suatu nama yang dikaitkan dengan kesusasteraan kanak-kanak beratus-ratus tahun lamanya. Mother Goose muncul sebagai pengarang yang mempunyai banyak koleksi cerita dan rima dalam pelbagai bahasa. Namun, tiada sesiapa pun yang tahu sama ada Mother Goose yang sebenar itu pernah wujud. | UMUM | |
ALITERASI | Aliterasi berlaku apabila bunyi yang sama mula menggantikan suku kata yang diaksenkan. Contohnya, dalam “Peter Piper picked a peck of pickled peppers,” aliterasi ini dicipta dengan pengulangan bunyi p pada permulaan setiap suku kata yang diaksenkan. Puisi Inggeris lama tidak mempunyai rima, tetapi mempunyai pola aliterasi. Aliterasi, seperti juga rima, asonansi, dan konsonani, ialah cara pengulangan yang membantu menyatakan perasaan dan idea sesuatu puisi. Lihat juga Puisi (Bunyi). | UMUM | |
NYANYIAN KANAK-KANAK | Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak- kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang. | UMUM | |
SKALD | Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan puisi skald memuliakan pemimpin yang berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi ini atau sebahagiannya dipelihara dalam <i>sagasi> Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola <i>aliterasi i>(persamaan rima dengan pengulangan bunyi yang pertama) yang terkawal dan <i>konsonani> (sejenis rima antara suku kata yang mengandungi vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan konsonan yang sama). Puisi skald juga menggunakan sejenis metafora luasan yang disebut sebagai <i>kenningi>. Lihat juga Edda; Saga. | UMUM | |
KASIDAH | KASIDAH, puisi Arab yang popular dan antara bentuk puisi (shi’r) Arab yang terawal. Kasidah telah berkembang sejak zaman Jahiliah bersama-sama puisi Arab yang lain. Kasidah, sejenis oda (ode) ialah puisi imaginatif yang lengkap dan panjang, biasanya terdiri dari 25 hingga 100 kuplet. Dari segi skema rima, umumnya berbentuk serima (monorhyme), sesuai dengan tradisi Arab. Pola rima kasidah sama seperti puisi Arab lain, misalnya kit’ah, masnu’i dan ghazal. Ia mempunyai pola matra (metrical pattern) berdasarkan bunyi panjang pendek vokalnya. | SASTERA | Konsep |
SYAIR | SYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea. | SASTERA | Konsep |