SEKUOIA | Sekuoia , juga dinamakan sequonia, ialah pokok yang tergolong antara benda hidup yang paling besar dan paling tua di bumi. Berjuta-juta tahun dahulu pokok-pokok ini tumbuh di hutan rimba yang besar di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis yang berbeza. Tetapi hanya dua jenis sekuoia sebenar sahaja yang masih tinggal berserta pokok China yang berkaitan rapat dengannya. Kedua-dua jenis sekuoia asli ini iaitu sekuoia kayu merah dan sekuoia raksasa, ditemui terutamanya di California, Amerika Syarikat. Nama sekuoia berasal daripada nama Orang Asli Cherokee yang mencipta abjad bertulis untuk puaknya. | UMUM | |
MALAWI | Malawi ialah negara kecil yang berpemandangan indah di tenggara Afrika. Panjangnya lebih kurang 850 kilometer dan lebarnya dari 80 kilometer hingga 160 kilometer. Malawi terletak di pantai barat Tasik Nyasa, yang dikenali sebagai Tasik Malawi di negara tersebut. Aktiviti gunung berapi purba menyebabkan Malawi mendapat tanah yang subur. Tetapi gunung-ganang, hutan rimba, dan padang ragut yang kasar menyebabkan hanya lebih kurang satu per tiga bumi negara ini sesuai untuk pertanian.
| UMUM | Umum |
MENGEMBARA BERJALAN KAKI | Mengembara berjalan kaki ialah senaman yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur menggemari sukan ini yang dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun hingga beberapa minggu. Ramai pengembara yang berpengalaman mendapat kepuasan jika pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba, di taman negara atau di hutan. Namun begitu, ramai orang lebih suka mengembara di kawasan taman yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka, malahan juga di kaki lima. | UMUM | |
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE | Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam, tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang diselang-seli dengan padang rumput yang luas. Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar. Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu, helang botak, angsa, dan burung undan putih bersarang di sana. | UMUM | |
ANDING | ANDING, upacara pengubatan tradisional masyarakat kedayang di Sabah. Terdapat tiga jenis anding yang lazim dilakukan oleh masyarakat Kedayan iaitu anding rimba, anding mambang dan anding biasa. Walaupun gaya persembahan ketiga-tiga anding tidak berbeza, namun peranan dan tujuannya berlainan. | BUDAYA | Konsep |
PEKANBARU | PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia. Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa. Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau. Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik. Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |