ASEROLA | Aserola ialah buah pokok rimbun yang tumbuh setinggi 3 hingga 4.5 meter. Ia adalah tumbuhan asli di Hindia Barat dan beberapa bahagian Mexico, Amerika Tengah, dan utara Amerika Selatan. Pokok ini mempunyai akar yang dalam dan tumbuh dengan baik walaupun di tanah yang kurang subur, asalkan hujan mencukupi. Aserola juga dikenali sebagai ceri Puerto Rico, ceri Hindia Barat, atau ceri Barbados. | UMUM | |
TAIM | Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun, berbau harum yang berasal dari kawasan Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa pahit yang menjadikannya perisa yang popular dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair pencuci mulut dan ubat batuk. | UMUM | |
DEADLY NIGHTSHADE | Deadly nightshade ialah tumbuhan rimbun yang menghasilkan beberapa ubat. Ubat yang paling penting didapati daripada tumbuhan ini ialah atropin. Deadly nightshade berasal dari tenggara Eropah dan barat Asia. Kini ia didapati di seluruh Eropah dan hidup di tanah batu kapur atau tanah kapur. | UMUM | |
KOMFREI | Komfrei ialah tumbuhan saka yang rimbun yang terdapat di Eropah dan Asia. | UMUM | |
PINON | Pinon ialah nama empat jenis pokok pain yang kecil, rimbun yang tumbuh di kawasan separa kontang di barat daya Amerika Syarikat. Konnya yang kecil mengandungi biji, yang dikenali sebagai kacang pain , yang rasanya seperti kacang. Kacang pain adalah bahagian penting dalam diet Orang Asli Amerika di barat daya Amerika Syarikat. | UMUM | |
KISMIS | Kismis ialah beri kecil yang tumbuh pada pokok renek yang rimbun. Buah kismis berbentuk bulat, berkulit licin, dan berasa masam. Warnanya termasuk hitam, merah, keemasan, dan putih. Pokok kismis tumbuh subur di kawasan utara yang cuacanya sejuk dan lembap. | UMUM | |
OAK RACUN | s> Oak racun ialah sejenis tumbuhan yang berkaitan dengan ivy racun dan sumach racun. Ia tumbuh rimbun atau menjalar. Seperti ivy racun, oak racun mempunyai daun yang terdiri daripada tiga anak daun. Setiap anak daun mempunyai beberapa cuping dan menyerupai daun oak putih. Anak daun ivy racun tidak mempunyai cuping. | UMUM | |
DATURA | Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia. | UMUM | |
TARRAGON | Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran, sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak. Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus. Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter di kawasan yang panas dan kering. Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia dracunculus . | UMUM | |
PRIVET | Privet ialah pokok renek yang popular sebagai pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap menyerupai buah zaitun kecil yang masak. | UMUM | |