Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.bu.nan] | ريمبونن

Definisi : 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rim.bu.nan] | ريمبونن

Definisi : pohon-pohon yg rimbun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rimbunan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIGNONETTE

Mignonette ialah tumbuhan taman yang

menarik di Eropah dan Amerika Utara. Namanya

berasal daripada perkataan Perancis yang

bermakna little darling. Tumbuhan ini mempunyai

rimbunan daun yang licin, berwarna hijau lembut.

Bunganya yang kecil tumbuh pada spika yang

tinggi. Warnanya putih kekuningan dan di

dalamnya terdapat tangkai debunga berwarna

kemerahan, dan berbau wangi.

UMUM 
SAINT-JOHN'S-WORT

Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai

hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok

renek yang berbunga besar, berwarna kuning.

Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan

sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia

biasanya adalah pokok renek yang rendah.

Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang

bergugus pada musim panas. Bunga berwarna

samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek

ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah

berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun

yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang

lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia

tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan

tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman

tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya.

Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort

yang diketahui.

Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong

dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas

ialah Hupericum X moserianum .

UMUM 

Kembali ke atas