Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.ka.san] | ريڠکسن

Definisi : 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.ka.san] | ريڠکسن

Definisi : sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RINGKASAN CETERA KELANTAN

RINGKASAN CETERA KELANTAN, sebuah karya sejarah negeri Kelantan. Teks ini disusun pada 4 Januari 1933 dan dicetak oleh The al-Asasiyah Press Co. Kelantan pada tahun 1934. Naskhah yang tersimpan di Perpustakaan Besar Universiti Malaya dicetak batu dengan menggunakan tulisan Jawi, berukuran 21 cm x 14.5 cm. Cetakan ini dibuat berdasarkan naskhah asal yang dikarang oleh Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Kelantan. Ringkasan Cetera Kelantan ini ditulis berdasarkan tulisan peringatan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar, yang ditulis pada tahun 1197 H. Naskhah ini adalah untuk kegunaan murid-murid darjah tinggi sekolah-sekolah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
KONJUGASI

Konjugasi ialah senarai lengkap bentuk kata

kerja mengikut modus, bilangan, orang, kala, dan

ragam. Sinopsis ialah ringkasan bentuk-bentuk ini

bagi satu orang sahaja, seperti yang ditunjukkan di

bawah bagi kata kerja show.

UMUM 

Kembali ke atas