| RIZAL, JOSÉ | Rizal, José (1861–1896), doktor dan penulis novel yang telah menjadi wira kebangsaan Filipina. Dia merupakan pemimpin awal pergerakan bangsa Filipina untuk mencapai kebebasan politik dan sosial daripada Sepanyol. Orang Sepanyol yang memerintah Filipina pada masa itu, telah membunuh Rizal disebabkan oleh aktivitinya. Setelah Filipina mencapai kemerdekaan, sebuah provinsi di tengah-tengah Luzon diberi nama Rizal sebagai penghormatan terhadapnya. | UMUM | |
| JOSE RIZAL | JOSE RIZAL, (1861- 1896), nasionalis Filipina. Dia lahir pada 19 Jun 1861 di Kalamba, Laguna, Filipina. Dia ialah anak Francisco Mercado dan Teadora Alonza. Dia mendapat pendidikan awal daripada seorang pengajar persendirian di Binyang dan kemudian dihantar ke Manila untuk mengikuti pendidikan selanjutnya. Dia mendaftar diri di Afeneo Municipal untuk mempelajari puisi, matematik, retorika, lukisan dan seni ukir yang dijalankan oleh golongan Jesuit. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| NOLI ME TANGERE | Noli Me Tangere, novel karya Jose Rizal (1861-1896), pengasas gerakan nasionalis Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
| RAMON MAGSAYSAY | RAMON MAGSAYSAY (1907-1957), Presiden Republik Filipina yang ketiga (1953-1957). Dia lahir pada 31 Ogos 1907 di Zambales, Luzon Tengah, Filipina. Ayahnya seorang guru sekolah perdagangan dan kemudian membuka kedai menjual barang-barang besi. Magsaysay menamatkan persekolahan menengah di Zambales. Kemudian dia memasuki Kolej Jose Rizal dan lulus dengan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Perdagangan pada tahun 1932. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |