Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : c. on tour, membuat kunjungan (utk + approp v): they will take the play for a few weeks on the ~, mereka akan membuat kunjungan utk mementaskan drama selama beberapa minggu; on the ~ to/ victory, success /, menuju /kemenangan, kejayaan/; one for the ~, (colloq) minum se- + approp n: let’s have one for the ~ before setting off home, mari kita minum segelas lagi sebelum kita balik; royal ~ to, jalan /mudah, senang/ menuju; rule of the ~, peraturan jalan raya; take to the ~, pergi bergelandangan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. way for passage of vehicles, riders, etc, jalan: the main ~ to the town, jalan utama ke bandar itu; accidents on the ~ have increased, kemalangan di jalan raya telah meningkat; ~ works ahead, kerja-kerja membaiki jalan di hadapan; by ~, mengikut jalan; 2. (fig.) a course to an end, path, jalan: there is no easy ~ to learning, tdk ada jalan mudah utk belajar; 3. route, laluan, jalan: the shortest ~ cuts through the mountain, laluan yg paling dekat adalah dgn merentas gunung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : on the ~, a. travelling by road, dlm perjalanan: how long were they on the ~?, sudah berapa lama mereka dlm perjalanan?; I was exhausted after three hours on the ~, saya keletihan selepas tiga jam dlm perjalanan; b. in use, masih boleh /dipakai, digunakan/: my old car is still on the ~, kereta lama saya masih boleh dipakai; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata road


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOLAH MELAYU PRINCES' ROAD

SEKOLAH MELAYU PRINCES’ ROAD, antara sekolah Melayu lelaki yang tetua di Selangor. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1938 dalam kawasan lebih kurang 3 hektar di Princes’ Road (kini Jalan Raja Muda Abdul Aziz) Kuala Lumpur. Sekolah ini mula dibuka pada 15 Mei 1939 dan guru besar pertamanya ialah Encik Abdul Manan Dato’ Betuah.  Kini, sekolah ini mempunyai empat blok termasuk kantin dan lapan unit rumah kediaman guru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NOORDIN HASSAN, DATUK

Noordin Hassan, Datuk (1929– ), penulis dan

Sasterawan Negara Malaysia yang ketujuh (1993) .

Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang,

Pulau Pinang. Dia menerima pendidikan awal di

Sekolah Melayu Perak Road , Francis Light School,

dan Sekolah Agama Masjid Rawana, Pulau Pinang.

Persekolahannya terhenti semasa pedudukan Jepun,

dan apabila British kembali memerintah Tanah

Melayu, dia menyambung kembali pelajarannya di

Penang Free School sehingga lulus Sijil

Persekolahan. Pada tahun 1951, dia melanjutkan

pelajaran dalam bidang pendidikan di Kirby College,

Liverpool, England .

UMUM 
M. JEGATHESAN, DATO’ DR.

M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan

olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah

Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2

November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat

pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan

melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala

Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung

pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura.

Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki

Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam

bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia

menyambung pelajaran di England dan

memperoleh diploma Patologi.

UMUM 
GELIGA LIMITED

GELIGA LIMITED, syarikat penerbitan buku dan majalah berbahasa Melayu. Syarikat ini ditubuhkan di Singapura pada awal tahun 1954 oleh Syed Omar Abdul Rahman Alsagoff dengan menggunakan alamat rumahnya No. 16, Nassim Road. Pada mulanya syarikat ini didaftarkan sebagai Geliga Publications Bureau beralamat di No. 430, Orchard Road.

SASTERAInstitusi/Organisasi
STUDIO JALAN AMPAS

STUDIO JALAN AMPAS, studio pengeluar filem hitam putih terbesar pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an.  Studio ini terletak di Boon Teck Road, Singapura.  Jalan Ampas ialah sebatang jalan pendek, cabang dari jalan yang lebih besar bernama Balestier Road.  Studio yang berasal daripada sebuah sekolah Cina ini dibeli oleh Shaw Brothers dan diubahsuai menjadi pejabat.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
ABDUL GHANI MINHAT

Abdul Ghani Minhat (1935-         ) pemain bola

sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di

Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala

Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah

dia terpilih mewakili pasukan bola sepak

sekolahnya, Princess Road School, di Kuala

Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai

Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia

mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan

Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih

mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan

Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili

pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam

perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2,

dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun

1956, Ghani membantu Selangor menewaskan

Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya.

UMUM 
MARIAM RAHIMMARIAM RAHIM (1935 -     ), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 21 Ogos1935 di Jalan Dusun, Bali Setia Road, Singapura. Mariam Rahim atau nama sebenarnya Mariam Baharom juga dikenal dengan gelaran Mariam Tahi Lalat. Mariam mendapat pendidikan di sekolah dewasa sehingga Darjah Tiga. Ibunya berasal dari Mersing, Johor, manakala bapanya berasal dari Cheangmai, ThailandBUDAYATokoh
SAID ZAHARI

SAID ZAHARI (1928 -     ), nasionalis dan wartawan.  Dia lahir pada 18 Mei 1928 di kawasan Scotts Road, Singapura.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanglin Besar, sebelum menyambung pelajaran di sekolah Jepun Sihan Gakko selama lebih kurang dua tahun.  Setelah kekalahan Jepun, Said meneruskan persekolahannya di Anglo-Chinese Evening School dan kemudian di Anglo-Malay Evening School hingga memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1951.  Dia mahir dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAS

MAS, (1924 -     ), penulis Singapura. Dia lahir pada 6 Disember 1924 di Outram Road, Singapura. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ariff Ahmad. Dia menggunakan nama samaran M. Arba, Mas Malaya, Mas Tanjung Malim, Mas Tomo, M. Foerida, Minamoria, P.L. Raja Udang dan Perwira Jaya.

SASTERATokoh
QALAM PRESSQALAM PRESS,  penerbit buku. Nama penuh Qalam Press ialah Qalam Press Limited.  Penerbitan ini diusahakan oleh Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus pada bulan September 1951 di Kedai No. 356 dan 358, Geylang Road, Singapura.SASTERAPenerbitan
123

Kembali ke atas