Stevenson, Robert (1772–1850) ialah jurutera awam Scotland yang dikenali sebagai pembina rumah api. Dia membina 23 rumah api di sepanjang pantai Great Britain dan mencipta sebuah lampu pemancar yang digunakan untuk memandu arah kapal. Kerjanya yang paling terkenal ialah Rumah Api Bell Rock, yang direka bentuk dan dibina bersama dengan arkitek dan jurutera, John Rennie. Pemuisi Robert Southey mengabadikan Rumah Api Bell Rock ini dalam puisinya “Inchcape Rock”. Rumah api ini terletak di Laut Utara, 18 kilometer dari Dundee, Scotland. Stevenson lahir di Glasgow, Scotland. Pengarang Robert Louis Stevenson ialah cucunya. |