RODENSIA | | UMUM | |
SPRINGHARE | Springhare ialah rodensia yang hidup di timur dan selatan Afrika. Ia juga dikenali sebagai springhaas, atau Cape jumping hare. Springhare hidup dalam lubang yang panjang dalam tanah yang mempunyai satu atau banyak tempat masuk. Haiwan ini aktif terutamanya pada waktu malam. Springhare sering meloncat seperti kanggaru, hanya menggunakan kaki belakangnya yang panjang. Ia mungkin meloncat sejauh 3 meter dalam satu loncatan. | UMUM | |
TIKUS KANGGARU | Tikus kanggaru ialah rodensia yang melompat seperti kanggaru dengan menggunakan kaki belakangnya yang panjang dan kuat. Tikus kanggaru membesar hanya kira-kira 38 sentimeter panjangnya termasuk ekornya sepanjang lebih daripada 20 sentimeter. Ia mempunyai kaki depan yang pendek, kepala dan mata yang besar. Bulunya yang lembut berkilat berwarna kuning atau perang di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. | UMUM | |
AGOUTI | Agouti ialah rodensia yang hidup di hutan tebal dari selatan Mexico, hingga ke utara Argentina, dan di Hindia Barat. | UMUM | |
PAKA | Paka ialah rodensia besar yang terdapat di kawasan tropika Amerika Utara dan Amerika Selatan. | UMUM | |
NUTRIA | Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau berhampiran dengannya. Nutria berasal dari selatan Amerika Selatan, tetapi telah diperkenalkan ke negara-negara lain untuk diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai “nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang. Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan sarung tangan, manakala dagingnya digunakan untuk membuat makanan haiwan kesayangan. | UMUM | |
CHINCHILLA | Chinchilla ialah haiwan kecil yang dihargai kerana bulunya yang lembut dan tebal. Ia adalah rodensia, iaitu mamalia kecil yang mempunyai gigi khas untuk menggerogot. | UMUM | Umum |
TIKUS | Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang paling kecil membesar lebih panjang dan lebih berat daripada mencit yang terbesar. Seperti cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah rodensia . Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan bak pahat yang terutamanya sesuai untuk menggerit. | UMUM | |
PINJAL | Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat Tifus; Wabak bubonik. | UMUM | |
MARMOT | Marmot ialah anggota terbesar dalam famili tupai. Marmot hidup dalam lubang, dan terdapat di sebahagian besar Hemisfera Utara. Marmut adalah rodensia. | UMUM | Umum |