Muzik rock merupakan salah satu bentuk muzik dunia yang paling popular dan yang paling mudah disesuaikan. Muzik ini mula muncul di Amerika Syarikat pada awal tahun 1950-an, dan dikenali sebagai rock ’n’ roll (juga dieja rock and roll ). Pada permulaannya, ia merupakan muzik untuk majlis perjumpaan dan tarian yang menarik minat pendengar daripada golongan muda. Muzik ini sering dimainkan untuk berseronok di kalangan remaja, dan kadangkala digunakan untuk meluahkan kekecewaan mereka. Muzik ini berkembang dengan cepat dan tidak lama kemudian ia menjadi budaya ekspresi antarabangsa bagi golongan remaja. |