Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. |