PERANG ROS | Perang Ros mencetuskan persengketaan awam di England pada akhir tahun 1400-an. Dua wangsa diraja berperang untuk merebut takhta. Simbol yang dipilih oleh setiap pihak merupakan nama bagi perang ini. Wangsa York sudah lama menggunakan bunga ros putih sebagai lambangnya. Wangsa Lancaster pula dikaitkan dengan lambang ros merah, tetapi ahli sejarah tidak pasti bila lambang ini bermula. Sesetengahnya berpendapat bahawa lambang ros merah hanya wujud sewaktu pertempuran yang terakhir. Perang ini bermula pada tahun 1455 dengan Pertempuran Saint Albans, dan berakhir pada tahun 1485 dengan Pertempuran Bosworth Field. | UMUM | |
BUNGA ROS | Bunga ros adalah satu daripada bunga yang paling cantik. | UMUM | |
SPIRAEA | Spiraea ialah nama sekumpulan herba dan pokok renek dalam famili ros, yang mengeluarkan bunga berwarna putih, samar, atau berwarna ros. Terdapat lebih kurang 70 spesies yang tumbuh di kawasan sederhana dan sejuk di Hemisfera Utara. Banyak spesies spiraea ditanam sebagai tumbuhan hiasan, yang banyak daripadanya berasal dari China dan Jepun. | UMUM | |
MINYAK ATAR | Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu minyak pati yang didapati dengan melalukan wap pada kelopak bunga. Minyak pati memberi kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar digunakan untuk memberikan bau kepada minyak wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria. Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana bau bunganya yang kuat dan harum. | UMUM | |
EGLANTIN | Eglantin ialah ros liar, yang biasanya dikenali sebagai sweetbrier. | UMUM | |
STRAWBERI | Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros yang ditanam untuk buahnya yang sedap berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil, putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan pada mulanya dan menjadi merah terang apabila masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk membuat jem, jeli, dan wain. | UMUM | |
PERTEMPURAN TOWTON | Pertempuran Towton (1461) merupakan pertempuran penentuan dalam Perang Ros. Edward, Earl of March, telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Edward IV England selepas kematian bapanya, Richard of York, dalam Pertempuran Wakefield. | UMUM | |
DURI HITAM | Duri hitam ialah pokok renek yang berduri dan bercabang-cabang, dalam famili ros. Ia dinamakan duri hitam kerana ia mempunyai kulit berwarna hitam dan untuk membezakannya daripada duri putih atau hawthorn | UMUM | |
PORTULAKA | Portulaka ialah nama sekumpulan herba yang mempunyai bunga kecil berwarna merah, kuning, samar, putih, atau ungu. Lumut ros di Brazil, yang ditanam sebagai bunga taman, tumbuh leper di atas tanah atau setinggi 30 sentimeter. Daunnya halus, berisi, kira-kira 2.5 sentimeter panjangnya. Portulaka laman dapur yang juga dikenali sebagai purslane , tumbuh kira-kira 45 sentimeter tingginya dan mempunyai bunga kuning terang kira-kira 15 milimeter lebarnya, dan daun yang lebar. | UMUM | |
OLEANDER | Oleander ialah pokok renek berbunga yang dihargai sebagai tumbuhan rumah. Oleander kadangkala tumbuh setinggi 4.5 meter. Daunnya keras berbentuk tombak dan bunganya cantik bak ros. Dua jenis oleander yang paling biasa mempunyai bunga berwarna merah dan putih. Oleander berasal dari bahagian panas di Asia dan dari kawasan Mediterranean. Pekebun menanamnya di luar rumah dalam iklim panas dan dalam pasu dan tab di kawasan beriklim sederhana. Kesemua bahagian oleander adalah beracun. | UMUM | |