ROSE, LIONEL | Rose, Lionel (1948– ) ialah peninju Orang Asli Australia. Dia menjadi juara tinju bantam weight dunia pada tahun 1968. Dia menewaskan peninju Jepun, Masahiko “Fighting” Harada mengikut kiraan mata dalam perlawanan untuk merebut gelaran ini di Tokyo. Kemenangan ini adalah yang ke-16 berturut-turut bagi Rose. Dengan kemenangan ini, dia memenangi 28 daripada 30 pertandingan profesional. Dia hilang gelarannya kepada peninju Mexico, Ruben Olivares, di Mexico pada tahun 1969. | UMUM | |
GUELDER-ROSE | | UMUM | |
ROSE CHAFER | Rose chafer ialah kumbang yang panjangnya lebih kurang 8 milimeter. | UMUM | |
ROSE, ERNESTINE POTOWSKI | Rose, Ernestine Potowski (1810–1892) merupakan reformis wanita yang utama di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1800-an. Dia menjadi terkenal khususnya sebagai penyokong awal usaha-usaha untuk mendapat hak yang sama bagi kaum wanita. | UMUM | |
MARY ROSE | Mary Rose ialah kapal tentera laut Raja Henry VIII England yang karam berdekatan Portsmouth pada tahun 1545. | UMUM | |
MACAULAY, DAME ROSE | Macaulay, Dame Rose (1881–1958), penulis British yang telah mendapat pengiktirafan pada tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya pula tragedi. | UMUM | |
LA ROSE | LA ROSE, (1932 - ), novelis Indonesia. Dia lahir pada 22 Disember 1932 di Pekalongan, Jawa Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jenny Laloan dan ibu bapanya berasal dari Minahasa, Sulawesi, Indonesia. Dia mendapat pendidikan hingga sekolah menengah atas. | SASTERA | Tokoh |
SAINT-JOHN'S-WORT | Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok renek yang berbunga besar, berwarna kuning. Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia biasanya adalah pokok renek yang rendah. Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang bergugus pada musim panas. Bunga berwarna samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya. Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort yang diketahui. Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas ialah Hupericum X moserianum . | UMUM | |
PIAF, EDITH | Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne Regrette Rien’. Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf (yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent dan beberapa filem lain, termasuklah French- Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir. | UMUM | |
SAADI | Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa dengan memasukkan banyak rangkap tentang moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti moral yang tinggi dalam penulisannya berkemungkinan telah menjadikannya paling popular di kalangan pengarang Parsi. | UMUM | |