[ro.sot] | روسوت
Definisi : ; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dll): kesihatannya semakin ~; merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); kemerosotan perihal (kejadian dsb) merosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ro.sot] | روسوت
Definisi : ; merosot 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)