Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,

Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Beruang bagai durian,
     bernabu bagai cempedak.

Bermaksud :

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAK RUANG UDARA

Hak ruang udara ialah hak penggunaan ruang

udara di atas sebidang tanah

UMUM 
OEDEMA

Oedema ialah bengkak tisu badan yang disebabkan

oleh bendalir terkumpul dalam ruang antara sel.

Oedema mungkin setempat – iaitu, terhad kepada

satu bahagian badan – atau ia mungkin menjejaskan

tisu di seluruh badan. Oedema setempat biasanya

terjadi apabila kandungan kapilari yang cedera

bocor dan masuk ke dalam ruang-ruang tisu yang

berdekatan.

UMUM 
INDUSTRI RUANG UDARA UMUM 
LALUAN RUANG UDARA UMUM 
RUMAH KEDAIBangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas.KEJURUTERAANBangunan/Kota
RUANG ANGKASA

Ruang angkasa lihat Penjelajahan angkasa

(Istilah penjelajahan angkasa).
UMUMUmum
PNEUMOTORAKS

Pneumotoraks ialah udara atau gas yang

terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding

dada. Satu membran yang tipis dan berterusan

dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar

paru-paru dan bahagian dalam dinding dada.

Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang

berhampiran rapat pada bahagian dalam dada.

Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan

kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang

udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas

memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian

membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti

udara dan gas yang banyak terdapat di antara

bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru-

paru di bahagian itu tidak akan dapat

mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran

bernafas dan paru-paru akan menguncup.

UMUM 
KELIANGAN

Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau

ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam

sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang

tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan

cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan

berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya

terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan

pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu

adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini

biasanya berupaya menyerap cecair dan gas.

UMUM 
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
VAKUM

Suatu ruang kosong yang tidak mengandungi apa-apa di dalamnya.

FIZIKKonsep
1234567

Kembali ke atas