Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30 sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan lebih sesuai dikenali sebagai <I>kelawar buahI>. Ia juga memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah. Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan. |