Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian drpd rukun kampung); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : persatuan penduduk yg berjiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rukun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUKUN TETANGGA

RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman.  Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Perkataan ‘Rukun Tetangga’ diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia.  Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari.  Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas