KESAN RUMAH HIJAU | Kesan rumah hijau ialah pemanasan dekat permukaan bumi yang berlaku apabila atmosfera bumi memerangkap haba matahari. Tanpa kesan ini, purata suhu permukaan bumi adalah kira-kira 33°C lebih rendah daripada yang ada. | UMUM | |
RUMAH HIJAU | Rumah hijau ialah bangunan tempat tumbuh-tumbuhan boleh ditanam sepanjang tahun. | UMUM | Umum |
SLIPPERWORT | Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth berbunga ungu. | UMUM | |
ORKID | Orkid ialah mana-mana famili tumbuhan yang sangat besar, yang banyak daripadanya mengeluarkan bunga yang cantik. Terdapat lebih daripada 20 000 spesies tumbuhan berbunga. Ia ditanam dengan meluas sebagai bunga hiasan rumah, bunga taman, dan bunga rumah hijau, dan ia juga tumbuh liar. Orkid adalah tumbuhan saka , yang bermakna ia hidup sekurang-kurangnya tiga tahun. | UMUM | |
SEMALU | Semalu ialah pokok renek kecil yang merimbun, yang tumbuh di kawasan tropika di Hemisfera Barat. Ia dikenali sebagai semalu kerana anak daunnya tertutup apabila disentuh atau terdedah kepada wasap yang kuat. Pada masa yang sama, tangkai daunnya membengkok ke arah batang utama seolah-olah ia mengecut kerana disentuh. Semalu kadangkala ditanam di rumah hijau sebagai suatu kepelikan. Daun bagi banyak anggota famili kacang pis tertutup pada waktu malam. Pengelasan saintifik. Semalu tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Mimosa pudica . Lihat juga Tumbuhan telegraf. | UMUM | |
TEMBAKAU BERBUNGA | Tembakau berbunga atau nikotiana ialah nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika Selatan, dan ditanam di banyak kawasan. Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit. Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau putih, dan berbentuk seperti tiub panjang. Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas panas atau rumah hijau pada awal musim bunga, dan kemudian dipindahkan ke luar. Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus Nicotiana . | UMUM | |
STRATFORD-UPON-AVON | Stratford-upon-Avon ialah sebuah pekan sunyi, di Warwickshire, England, yang masyhur sebagai tempat lahir William Shakespeare. Ia terletak di lembah hijau Sungai Avon. Untuk lokasinya, lihat United Kingdom (peta politik). Rumah lama separuh kayu mendereti jalan raya sempit Stratford-upon-Avon. Ia merupakan pekan yang terbesar di daerah Stratford-on-Avon. | UMUM | |
ASPIDISTRA | Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan. Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior . | UMUM | |
RIMU | Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik dan sangat berharga, digunakan untuk membina rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi, dengan dahannya yang melentok berwarna hijau pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada batangnya. Seperti semua pain, pokok ini mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh di hujung dahan; bunga jantan dalam “bentuk mayang” dan bunga betina dalam bentuk kon kecil. Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan atau bunga betina. | UMUM | |
SELADA | Selada ialah sayur yang popular yang digunakan terutamanya untuk membuat salad. Biasanya selada dimakan segar dan tidak dimasak. Selada adalah sebahagian daripada banyak diet untuk mengawal berat badan kerana ia mengandungi sedikit kalori dan membekalkan kalsium, besi dan vitamin A. Kebanyakan jenis selada mempunyai daun yang besar berwarna hijau dan tumbuh rapat ke tanah pada batang yang sangat pendek. Selada adalah tanaman ladang yang penting di banyak kawasan di dunia, dan pekebun rumah menanam beberapa jenis selada. Perladangan selada mungkin bermula di Parsi seawal tahun 550 S.M. | UMUM | |