Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), se­golongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan ter­golong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tum­buh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok, spt buluh, padi; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun be­berapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumpun (kata nama)
Bersinonim dengan perindukan, famili, kumpulan, kelompok.,

Puisi
 

Tetak palas rumpun palas,
     Mari dimakan atas bendul;
Duduk malas berdiri malas,
     Kerana khidmat diri terkabul.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kerosok ular di rumpun bambu.

Bermaksud :

Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUPU-KUPU RUMPUN

Kupu-kupu rumpun membentuk famili yang

beluncasnya mempunyai jambak bulu di sepanjang

belakangnya. Jambak bulu ini sering berwarna

cerah. Beluncas juga mungkin mempunyai jalur-jalur

yang jelas di belakangnya.

UMUM 
KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA DAN RUMPUN BAHASA MELAYU

KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA DAN RUMPUN BAHASA MELAYU, keluarga bahasa yang bersebar luas di pulau-pulau selatan (Austronesia) dari pantai timur Afrika (Madagaskar) hingga ke pantai barat Chile (Pulau Paskah), dan di bahagian utara dari Kepulauan Hawaii hingga ke New Zealand di bahagian selatan.

BAHASABahasa
ORANG BRUNEI

ORANG BRUNEI, suku bangsa yang tinggal di Brunei Darussalam. Mereka adalah salah satu daripada tujuh rumpun atau puak Melayu. Rumpun Melayu terdiri daripada Belait. Biasaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Ketujuh-tujuh rumpun Melayu tersebut dicatatkan dalam perlembagaan negara Brunei Darussalam sebagai rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang. Orang Melayu Brunei ialah rumpun yang paling ramai bilangannya iaitu 285 000 pada awal tahun 1990-an. Ini melebihi 75 peratus daripada jumlah rakyat Melayu jati (bumiputera) di negara tersebut.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
JAHAI

JAHAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Sebahagian besar masyarakat Jahai terdapat di bahagian timur negeri Perak, manakala selebihnya di bahagian barat laut negeri Kelantan. Bagaimanapun, mereka bergerak bebas di dalam kawasan atau wilayah Jahai di kedua-dua negeri ini tanpa dibatasi konsep hak mutlak ke atas tanah atau kawasan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
JAH HET,JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KUPU-KUPU GIPSI

Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili

kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok

hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika

Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan

daun pokok daun lebar dan daun jejarum.

Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh

menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh

mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun

lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam

beberapa tahun berturut-turut. Beluncas

kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya

pokok oak.

UMUM 
STAFILOKOKUS

Stafilokokus ialah organisma biasa yang

tergolong dalam kumpulan bakteria bulat. Bakteria

ini dikenali sebagai kokus. Di bawah mikroskop,

stafilokokus kelihatan berumpun-rumpun yang

tumbuh seperti gugusan buah anggur.

UMUM 
ORANG CELT

Orang Celt ialah orang, atau keturunan mereka

yang menjadi penutur asal bahasa Celtik. Bahasa

Celtik, yang meliputi bahasa Breton, Cornish,

Ireland, Wales, dan Gaelik Scotland, membentuk

suatu cabang rumpun bahasa Indo-Eropah.

UMUM 
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa
KENSIU

KENSIU, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito.  Masyarakat yang menggunakan bahasa serumpun dengan Mon-Khmer ini kadang-kadang juga dikenal sebagai Kensieu atau Kenseu, manakala pengkaji awal merujuk mereka sebagai Semang Barat.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
1234

Kembali ke atas