Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mus] | روموس

Definisi : 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl; merumuskan 1. memendekkan atau me­ring­­kas­kan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; perumusan perihal (perbuatan, proses) me­rumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru; perumus orang yg merumuskan sesuatu per­kara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mus] | روموس

Definisi : , = rumusan 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. merumuskan 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu: Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. perumusan perihal (perbuatan) merumuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumus
Kata Terbitan : rumusan, merumuskan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAYLOR, BROOK

Taylor, Brook (1685–1731), ahli matematik

Inggeris yang memperkembangkan rumus yang

menjadi asas kalkulus beza terhingga (lihat

Kalkulus ). Rumus ini, yang dikenal sebagai Teorem

Taylor , muncul dalam Methodus Incrementorum

Directa et Inversanya (1715–1717) yang ditulis

olehnya. Taylor lahir di Edmonton, kini sebahagian

daripada London. Dia belajar di St. John’s College,

Cambridge. Dia menjadi setiausaha Royal Society

dari tahun 1714 hingga tahun 1718.

UMUM 
MALAKIT

Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik.

Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon

dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah

2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis

dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau

epal hingga kepada kelabu-hijau gelap.

UMUM 
ALJABAR

Aljabar ialah satu seni menyelesaikan dan memanipulasi persamaan atau ungkapan. Persamaan atau ungkapan yang terhasil biasanya akan dijadikan sebagai rumus atau dimanipulasikan untuk menentukan nilai anu.

MATEMATIKTokoh

Kembali ke atas