RUNDINGAN BALING | RUNDINGAN BALING, satu rundingan antara kerajaan Perikatan dengan parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan sebagai salah satu cara untuk menamatkan keganasan komunis di Tanah Melayu. Rundingan Baling berlangsung selama dua hari di Sekolah Kerajaan Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman Putra, David Marshall, Tan Cheng Lock dan Too Joo Hing. Wakil PKM pula terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
RUNDINGAN STRATEGI MENGEHADKAN | Rundingan Strategi Mengehadkan Senjata (Strategic Arms Limitation Talks (SALT)) ialah satu siri mesyuarat antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat, yang berlangsung antara tahun 1969 hingga tahun 1979. Kedua-dua buah negara bertemu untuk cuba mengehadkan pengeluaran dan pengedaran senjata nuklear. | UMUM | Umum |
PENYELESAIAN DIPLOMATIK | Penyelesaian masalah tertentu melalui rundingan diplomatik. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PROTOKOL | Protokol ialah dokumen yang mengandungi catatan rundingan yang dijalankan oleh wakil-wakil diplomatik. | UMUM | |
PERJANJIAN SYKES–PICOT | Perjanjian Sykes–Picot telah dimeterai antara Britain dengan Perancis untuk membahagikan negara Arab Timur kepada kedua- dua kuasa besar tersebut semasa Perang Dunia I. Kedua-dua negara Berikat ini telah mencapai kata sepakat pada 16 Mei 1916 M., hasil rundingan rahsia antara wakil Britain, Sir Mark Sykes dengan wakil Perancis, François George Picot. | UMUM | |
PERSIDANGAN YALTA | Persidangan Yalta ialah salah satu mesyuarat yang paling penting bagi para pemimpin utama pihak Bersekutu semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pemimpin ini terdiri daripada Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Winston Churchill dari Great Britain, dan Perdana Menteri Joseph Stalin dari Kesatuan Soviet. Negara- negara tersebut dikenali sebagai “ Tiga Kuasa Besar”. Rundingan itu diadakan di Yalta, tempat peranginan Laut Hitam yang terkenal di Krimea, dari 4 hingga 11 Februari 1945. | UMUM | |
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN | Temenggung Jugah anak Barieng, Tun (1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963. Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974. Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu. Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi, Kalimantan , Indonesia . | UMUM | |