Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa I

Puisi
 

Rusa ini rusa berdua,
     Terbit makan rumput manisan;
Tiada jodoh kita berdua,
     Boleh anak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARIBU

Karibu ialah nama Perancis-Kanada bagi sejenis

rusa besar yang terdapat di Amerika Utara. Rusa ini

berkait rapat dengan rusa kutub.

UMUM 
TANDUK RUSA

Tanduk rusa lihat Tanduk.

UMUM 
TANDUK RUSA

TANDUK RUSA <I style="mso-bidi-font-style: normal">(platiserium koronarium)I>, sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan.  Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak.  Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar.  Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan.  Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa.  Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah.  Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang.

BUDAYAFlora dan Fauna
KUMBANG RUSA JANTAN

Kumbang rusa jantan ialah nama bagi famili

kumbang, yang sesetengah kumbang jantannya

mempunyai tanduk besar yang ganjil.

UMUM 
RUSA MERAHRusa merah adalah anggota yang besar dalam

famili rusa. Rusa merah berasal dari Eropah,

Afrika Utara, dan Asia Kecil, dan telah

diperkenalkan ke Australia dan New Zealand.

UMUMUmum
RUSA BAGHAL

Rusa baghal ialah rusa yang cantik yang

mempunyai telinga yang besar, berbulu, sama

seperti telinga baghal.

UMUMUmum
RUSA KUTUBRusa kutub ialah sejenis rusa besar yang hidup

di kawasan paling utara di Eropah dan Asia. Rusa

kutub, yang berkaitan rapat dengan karibu, sering

digembala dan dijinakkan oleh orang nomad.

UMUMUmum
RUSA KESTURIRusa kesturi adalah tiga spesies rusa kecil

kompak yang terdapat di tengah hutan gunung

dan timur Asia.

UMUMUmum
RUSA HITAMRusa hitam ialah antelop yang

hidup di India dan Pakistan.

UMUMUmum
LUMUT RUSA KUTUB UMUM 
123

Kembali ke atas