PERANG RUSIA-TURKI | Perang Rusia-Turki. Empayar Rusia dan Empayar Uthmaniyyah (kini Turki) sentiasa tidak bersefahaman selama 300 tahun selepas tahun 1600-an. Beberapa kali perang berlaku sepanjang tempoh ini. Pada mulanya, Empayar Uthmaniyyah yang menceroboh Rusia. Orang Turki campur tangan di sempadan selatan Rusia dan menyokong orang Tartar dari Krimea, iaitu seteru Rusia sejak dahulu lagi. Sehingga akhir tahun 1600-an, Rusia cuba mengelakkan perang terbuka dengan orang Turki kerana empayar Uthmaniyyah lebih kuat daripada Rusia. Walau bagaimanapun, apabila empayar Uthmaniyyah semakin lemah, Rusia bertambah kuat. Rusia mulai meluaskan kuasanya ke kawasan Laut Hitam dan Balkan. Orang Turki menguasai kedua-dua kawasan ini. Empayar Uthmaniyyah kemudiannya mempertahankan kedua-dua kawasan tersebut walaupun kadangkala ia juga menyerang, terutamanya apabila mendapat sokongan negara luar. | UMUM | |
PERANG RUSIA-JEPUN | Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun 1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari 1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian Portsmouth ditandatangani. | UMUM | |
PETER I YANG AGUNG | Peter I yang Agung (1672–1725), pemerintah Rusia, terkenal kerana membuka jalan ke laut untuk Rusia dan menerapkan nilai barat dalam adat dan institusi Rusia. Baginda menjadikan Rusia sebagai sebuah kuasa dunia yang agung. | UMUM | |
SOVIET | Soviet ialah perkataan bahasa Rusia yang bermaksud majlis. Kumpulan revolusioner Rusia digelar soviet. Soviet pertama ditubuhkan semasa berlaku pemberontakan pekerja Rusia pada tahun 1905. Soviet dibentuk di seluruh Rusia selepas kejatuhan Tsar pada bulan Mac 1917. Soviet ini berbentuk majlis yang dianggotai oleh pekerja, petani dan tentera. Majlis ini mengumpul sokongan rakyat terhadap rancangan pihak Sosialis untuk membentuk sebuah kerajaan Rusia. | UMUM | |
KESUSASTERAAN RUSIA | Kesusasteraan Rusia meliputi beberapa buah karya agung terunggul yang pernah dihasilkan. Penulis Rusia menggunakan semua bentuk kesusasteraan, tetapi terkenal kerana novel dan puisi. Gaya penulisan, isi, dan penganalisisan watak yang tajam adalah antara sifat yang menjadikan karya Rusia antara yang terbaik. Karya Rusia yang paling dikenali memperlihatkan keprihatinan yang mendalam terhadap masalah moral, keagamaan, dan falsafah. | UMUM | |
SAINT PETERSBURG | Saint Petersburg (pend. 4 468 000; pend. kaw. met. 5 020 000), dahulunya Leningrad, ialah bandar raya kedua terbesar di Rusia. Hanya Moscow, ibu negara Rusia, yang mempunyai lebih ramai penduduk. St. Petersburg merupakan pelabuhan utama Rusia dan salah sebuah pusat kebudayaan dan industri dunia yang penting. Bandar raya ini terletak di barat laut Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta politik). | UMUM | |
NIZHNIY NOVGOROD | Nizhniy Novgorod (pend. 1 443 000) ialah pusat perindustrian di Rusia. Ia terletak di cabang sungai Volga dan Oka (lihat Rusia [peta politik]). Nizhniy Novgorod , ialah salah sebuah bandar tertua di Rusia, terkenal sebagai Cradle of the Russian Empire (tempat bermulanya Empayar Rusia). | UMUM | |
PERANG RUSIA-FINLAND | Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat dalam “Perang Musim Sejuk” dari tahun 1939 hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu “Perang Sambungan” berlaku dari tahun 1941 hingga tahun 1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan tersebut. | UMUM | |
SASTERA RUSIA | Sastera yang berkembang dan diamalkan oleh masyarakat di negara Rusia. | SASTERA | Konsep |
RUSIA | Rusia ialah negara yang mempunyai keluasan terbesar di dunia. Keluasannya hampir dua kali ganda besar daripada Kanada, negara kedua terbesar di dunia. | UMUM | Umum |