Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.su.han] | روسوهن

Definisi : kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.su.han] | روسوهن

Definisi : kejadian merusuh: Banyak orang yg telah tercedera dlm ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rusuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kacau-bilau: huru-hara, gempar, terganggu, tenar, cabuh, rangak,
Berantonim dengan aman

2. Bersinonim dengan tidak sopan: kasar, biadab, tidak beradab, tidak berbasa, tidak senonoh,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : merusuh, rusuhan, perusuhan, perusuh,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUSUHANRusuhan ialah cetusan kekacauan yang ganas
dan bising oleh sekumpulan manusia. Perusuh
kerap kali mencederakan orang lain dan
memusnahkan harta benda. Merusuh atau
menggalakkan orang awam supaya merusuh
merupakan suatu jenayah di kebanyakan negara.
Walau bagaimanapun, takrifan undang-undang
yang tepat mengenai rusuhan berbeza dari satu
tempat ke satu tempat.
UMUMUmum
PERISTIWA NATRAH

Peristiwa Natrah ialah peristiwa rusuhan yang

berlaku di Singapura pada tahun 1950 berikutan

bantahan orang Islam Singapura terhadap

keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang

membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis

Belanda yang telah menganut agama Islam.

UMUM 
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 
PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa 13 Mei ialah peristiwa rusuhan kaum

yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969.

Peristiwa ini berlaku akibat sentimen perkauman

yang ketara dalam politik Malaysia, iaitu selepas

pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969

yang diadakan pada 10 Mei 1969, setelah Parti

Perikatan memperoleh undi yang kurang

berbanding pilihan raya sebelumnya.

UMUM 
MOSLEY, SIR OSWALD

Mosley, Sir Oswald (1896–1980), menubuhkan

Kesatuan Fasis British pada tahun 1930-an. Dia

dan pengikutnya yang berbaju hitam terlibat

dalam rusuhan terutamanya di kawasan East End,

London. Dalam Perang Dunia II (1939–1945),

Mosley ditahan kerana pandangannya yang pro-

Jerman. Kemudian, dia cuba menghidupkan

semula fahaman fasis di United Kingdom. Mosley

lahir di London. Dia dipilih menjadi ahli parlimen

Parti Konservatif bagi kawasan Harrow pada

tahun 1918. Pada tahun 1926, dia dipilih pula

sebagai ahli parlimen Parti Buruh untuk kawasan

Smethwick. Dia bersara pada tahun 1930 dan

menubuhkan partinya sendiri.

UMUM 
KEAMANAN

Keamanan ialah keadaan yang tenang, senyap

dan bebas daripada kekacauan. Dari segi politik

dan ketenteraan, keamanan bermakna bebas

daripada kacau-bilau seperti peperangan dan

rusuhan.

UMUM 
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
RHEE, SYNGMAN

Rhee, Syngman (1875–1965), negarawan Korea

yang memegang jawatan Presiden Republik Korea

yang pertama pada tahun 1948. Dia meletak

jawatan sebagai presiden pada tahun 1960,

walaupun dipilih semula untuk menyandang

jawatan presiden bagi penggal yang keempat. Ini

berikutan terjadinya rusuhan yang meluas

disebabkan amalan pilihan raya yang tidak adil.

UMUM 
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
MOYOLA, LORD

Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri

Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971.

Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester-

Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu

untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan

oleh perdana menteri sebelumnya, Terence

O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu

mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut,

selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu

memulihkan semula perpecahan yang berlaku

dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia

mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua

usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku

pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta

kerajaan United Kingdom menghantar tentera

untuk menjaga keamanan.

UMUM 
12

Kembali ke atas