| S. OTHMAN KELANTAN | S. OTHMAN KELANTAN (1938 - ), penulis, pengkaji dan aktivis sastera. Dia lahir pada 31 Disember 1938 di Tebing tinggi, Kemumin, Kota Baharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Syed Othman bin Syed Omar. S. Othman turut menggunakan nama pena Alyahya dan Ibnu Omar. | SASTERA | Tokoh |
| S. OTHMAN KELANTAN | Sasterawan negara. | SASTERA | Tokoh |
| ANGIN TIMUR LAUT | ANGIN TIMUR LAUT, novel karya S. Othman Kelantan yang diterbitkan oleh Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1969. Novel ini membawa tema kemiskinan dan penderitaan hidup kaum nelayan di Pantai Timur Semenanjung, khasnya di Pantai Sabak, Kelantan. | SASTERA | Konsep |
| RUMAH ITU DUNIA AKU | RUMAH ITU DUNIA AKU, novel karya Hamzah Hussin. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1951 dengan menggunakan tulisan jawi. Pada tahun 1958, ia dicetak dengan judul Anak Gundik. Pada tahun 1964, ia dicetak dengan menggunakan tulisan rumi oleh Penerbitan Pusaka Melayu Baru. Pada tahun 1989, Rumah Itu Dunia Aku diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama novel Hamzah yang lain dalam satu buku yang diberi judul Novel-Novel Hamzah yang diselenggarakan dan diberi kata pengantar oleh S. Othman Kelantan. | SASTERA | Karya |