SA'UD IBN 'ABD AL-'AZIZ 'ALI 'SA'UD | Sa’ud ibn ‘Abd al-‘Aziz ‘Ali ‘Sa’ud (1319–1388 H./1902–1969), raja kerajaan Arab Saudi. Nama penuh baginda ialah Sa’ud ibn ‘Abd ‘Aziz ibn ‘Abd al- Rahman ibn Faysal ibn Tarkiy ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Sa’ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn Markhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi’ah ibn Mani’ ibn Rabi’ah al-Muridiy. Keturunannya berakhir hingga kepada Bakar ibn Wa’il dari Bani Asad ibn Rabi’ah. | UMUM | |
KHALID IBN SA‘UD | Khalid ibn Sa‘ud (?–1276 H/ ?–1859 M). Nama penuhnya ialah Khalid ibn Sa‘ud ibn ‘Abd al-Aziz ibn Muhammad ibn Sa‘ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn Markhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi‘ah ibn Mani‘ ibn Rabi‘ah al-Maridi. Nasab mereka ini berakhir kepada Bakar ibn Wa‘il daripada keturunan Asad ibn Rabiah. | UMUM | |
SA‘ID IBN JUBAYR | Sa‘id ibn Jubayr (45–95 H./666 –714 M.), ahli fiqh. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Jubayr al-Asady Abu Muhammad al-Kufi. Dia seorang tabi‘in. Dia seorang yang berilmu, amanah dan kuat beribadat. Banyak kisah yang memperkatakan tentang ibadatnya. Dia meriwayatkan hadith daripada Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Umar, Abi Sa`id al-Khudri, Anas dan selain mereka daripada kalangan sahabat. | UMUM | |
PUTERI SA'ADONG | Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3 iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan, pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. | UMUM | |
SA‘D IBN ‘UBADAH | Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah, berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih salah seorang daripada 12 orang ketua. | UMUM | |
SA‘D IBN MU‘AZ | Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah. Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia menemui kaumnya dan berkata kepada mereka: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku adalah haram sehingga mereka beriman dengan Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN SA‘D | Muhammad ibn Sa‘d ( ?–82 H./ ?–702 M.), ahli hadith yang fasih serta thiqah. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Sa‘d ibn Abu Waqqas al-Madaniy. Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya, serta daripada ‘Uthman ibn Affan, Abu al-Darda’ dan lain-lain lagi. Manakala hadithnya diriwayatkan oleh dua orang anaknya, Ibrahim dan Isma‘il, serta Abu Ishaq al-Sabi‘iy. Muhammad ibn Sa‘d meriwayatkan pelbagai ilmu. Dia bersama-sama Ibn al-Ash‘ath menentang Hajjaj. Dia ditawan pada hari Dayr al- Jamajim dan dibunuh oleh Hajjaj. Hadith-hadithnya diriwayatkan oleh al-Shaykhaniy, al-Tirmidhiy, al- Nasa’iy dan Ibn Majah. | UMUM | |
SA'ID IBN AL-MUSAYYAB (13–94 H. / 635–713 M. | Sa’id ibn al-Musayyab (13–94 H. / 635–713 M.), ketua ahli fiqh, ketua para tabi’in dan periwayat hadith. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn al-Musayyab ibn Hazn ibn Abi Wahab al-Makhzumi al-Qurashi. Bapa dan datuknya adalah dua orang sahabat nabi yang memeluk Islam pada hari pembukaan kota Makkah. Sa‘id mendengar hadith daripada ‘Umar ketika dia berkhutbah. Dia juga mendengar hadith daripada ‘Uthman ibn ‘Affan, ‘Ali ibn Abi Talib, Zaid ibn Thabit, ‘Aisyah, Sa‘ad ibn Abi Waqqas, Abu Hurairah (suami kepada anak perempuannya dan orang yang paling mengetahui tentang hadithnya) dan lain-lain lagi dari kalangan sahabat. | UMUM | |
QABUS IBN SA‘ID | Qabus ibn Sa‘id (1359 H. – /1940 M.– ) ialah sultan kerajaan Oman. Sultan Qabus ibn Sa’id lahir di bandar Salalah yang terletak di selatan Oman. Ketika berusia 6 tahun, Sultan Qabus telah mula belajar di beberapa sekolah dan pusat pengajian di Oman hinggalah baginda mendapat pendidikan asas yang sempurna. Seterusnya Sultan Qabus menyambung pengajian di United Kingdom dan memasuki Fakulti Ketenteraan Saint Herst dan kembali ke negara sendiri setelah mendapat keputusan yang cemerlang untuk menyumbang jasa kepada pembangunan negara. | UMUM | |
SA‘ATIY AHMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN AL- | Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- (1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam, Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah, berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al- Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al- Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud- Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al- Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al- Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al- Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al- Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al- Banna meninggal dunia di Kaherah. | UMUM | |