Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru); menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit; menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka; penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rum-put. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYAKIT SEL SABIT UMUM 
BULAN SABIT

Bulan sabit ialah lambang yang menyerupai

bulan peringkat suku pertama. Dalam ilmu asal

usul dan lambang kekeluargaan, bulan sabit adalah

lambang anak lelaki kedua dalam keluarga.

UMUM 
MESIN PENGETAM

Mesin pengetam ialah mesin yang pernah

digunakan oleh peladang untuk menuai bijian.

Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda

menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang

berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan

mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih

banyak hasil tanaman.

UMUM 
KANSER

Kanser, ketam, ialah buruj malap yang terletak di

antara bintang Castor dengan bintang Pollux pada

satu bahagian, dan bintang Sabit Leo pada bahagian

yang satu lagi. Ia lambang keempat zodiak.

UMUM 
TASIK GENEVA

Tasik Geneva ialah salah satu tasik yang

terbesar di bahagian tengah Eropah. Tasik ini

terbentuk melalui pengempangan semula jadi

Sungai Rhône di sepanjang sempadan di antara

Switzerland dengan Perancis. Panjangnya tasik

yang berbentuk bulan sabit itu ialah 70 kilometer

dan lebarnya dari 2.5 kilometer hingga 15

kilometer. Luasnya 585 kilometer persegi. Nama

Perancis bagi Tasik Geneva ialah Lac Léman dan

nama Jermannya Genfer See.

UMUM 
HIJIR ISMAIL

Hijir Ismail, suatu tembok yang melengkung (berbentuk bulan sabit) setinggi 1.5 m.

AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat
BARKAN

BARKAN, sejenis gumuk pasir berbentuk bulan sabit dengan dua tanduknya menghala ke arah hilir angin.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
SALAMIS

Salamis ialah pulau Yunani berbentuk ladam

di Teluk Saronik, kira-kira 16 kilometer ke barat

Athens (lihat Greece [peta]). Ia meliputi kawasan

seluas 95 kilometer persegi dan mempunyai

penduduk seramai kira-kira 28 500 orang.

Kebanyakan kawasan ini berbatu-batan dan

bergunung-ganang. Kebanyakan penduduknya

adalah orang Albania. Salamis juga dikenali

dengan nama modennya Kuluri, bermaksud bulan

sabit terbakar.

UMUM 
TUAI

TUAI, alat memotong atau menuai padi. Tuai atau pengetam padi dikenal sebagai ‘anai-anai’ atau ‘renggam’ di Kedah, dan ‘ketaman’ di Pantai Timur. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu badannya yang diperbuat daripada kayu dan bahagian mata tuai yang dipasang dengan mata pisau. Badannya berbentuk bulan sabit dan di bahagian tengahnya dilengkapkan dengan pemegang berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau.

BUDAYAAlat/Alatan
BENDERA NEGERI,BENDERA NEGERI,  Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri.  Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.  Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya,  serta merangkumi sejarah setiap negeri.  Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka.  Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning.  Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu.  Bendera  Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.  Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas