Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari ketujuh dlm seminggu, selepas hari Jumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabtu

Puisi
 

Malam ini malam Sabtu,
     Malam besok malam Ahad;
Rupa yang tujuh menjadi satu,
     Inilah jalan jalan makrifat.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABTU

Sabtu , disebut Saeter-daeg oleh orang Anglo-

Saxon, ialah hari ketujuh dalam satu minggu. Ia

dinamakan bersempena nama dewa Rom Saturn,

dan merupakan satu-satunya hari yang dinamakan

mengikut nama dewa Rom purba. Sabtu ialah hari

Sabat di kalangan orang Yahudi dan pengikut

Seventh-day Adventists. Kebanyakan majikan

memberikan pekerjanya cuti separuh hari atau cuti

penuh pada hari Sabtu.

Lihat juga Minggu.

UMUM 
PERJUDIAN BOLA SEPAK

Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk

perjudian yang popular di United Kingdom.

Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam

perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan

sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan

keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang

yang bermain judi ini mendengar dengan cemas

siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu

pada musim perlawanan bola sepak. Mereka

berharap telah membuat ramalan yang tepat dan

memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila

banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana

cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas

yang dikenali sebagai panel perjudian membuat

penetapan tentang keputusan yang mungkin

tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar

diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi

berasaskan keputusan panel tersebut.

UMUM 
CAHAYA PULAU PINANG

CAHAYA PULAU PINANG, akhbar mingguan Melayu. Akhbar ini diterbitkan dalam huruf Jawi oleh Criterion Press, Pulau Pinang, pada setiap hari Sabtu sejak 13 Oktober 1900.  Akhbar ini berukuran 51 cm panjang dan 32 cm lebar, berjumlah empat halaman setiap keluaran dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah.  Pengarangnya ialah Abdul Ghani bin Mohd. Kassim yang juga menjadi penerbit/pengarang akhbar Bintang Timur.  Dia juga bekas pengarang akhbar Jawi Peranakan.

SASTERAKitab
SAUDARA

SAUDARA, akhbar tulisan Jawi. Akhbar ini mula diterbitkan pada 29 September 1928 di Pulau Pinang.  Mulai tahun 1936, akhbar ini diterbitkan pada hari Rabu dan Sabtu.  Moto akhbar ini ialah “Warta Am, Pelajaran-Pengetahuan, Perkhabaran”.  Pada bahagian atas akhbar ini ditulis “Majulah Ke hadapan  Wahai Saudara.”

SASTERAPenerbitan
PEWARTA DELIPEWARTA DELI, akhbar Melayu yang pertama diterbitkan di Medan, Sumatera, Indonesia. Pewarta Deli diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, sebuah syarikat percetakan yang diasaskan oleh Dja Endar Moeda bersama-sama beberapa orang Batak Mandailing dan Angkola-Sipirok. Akhbar ini mula diterbitkan pada awal bulan Januari 1910, setiap hari Rabu dan Sabtu, dan kemudiannya terbit sebagai akhbar harian.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
A.S. ISMA

A.S. ISMA (1941-   ), penyair Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 8 Disember 1941 di Kampung Pekan Lama, Brunei Darussalam.  Nama sebenarnya ialah Pengiran Haji Sabtu bin Pengiran Haji Mohd. Salleh. 

SASTERAKonsep
UTUSAN MELAYU

UTUSAN MELAYU, akhbar bertulisan Jawi dan Rumi yang diterbitkan di Singapura oleh Singapura Free Press sejak 7 November 1907.  Pada peringkat awalnya, Utusan Melayu diterbitkan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu bermula dari 7 November 1907 hingga 21 September 1915.  Dari tahun 1915 hingga tahun 1921, Utusan Melayu  menjadi akhbar harian.  Akhbar ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1921.  Antara pengarang Utusan Melayu di peringkat awal ialah Mohd. Eunos bin Abdullah (1907-1909), Abdul Hamid bin Miskin (1909-1914), Mohd. Ismail bin Abdul Kadir (1914-1918) dan Syed Sadullah Khan (1918-1921).  Pada 29 Mei 1930, Utusan Melayu diterbitkan semula hingga tahun 1938.

SASTERAPenerbitan
NOOR S.M.NOOR S.M. (1939 -    ), penyair. Dia lahir pada 2 Disember 1939 di Masjid Tanah, Melaka. Nama sebenarnya ialah Sabtu bin Manap. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah di Masjid Tanah sehingga tamat Darjah Tujuh pada tahun 1954. Selepas beberapa bulan, Noor S.M. dilantik sebagai guru pelatih. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1955 – 1957) dan setelah tamat dia bertugas sebagai pendidik di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Melaka. Dia belajar secara persendirian sehingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 dan dia pernah mengikuti kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia tetapi tidak selesai.

 

SASTERATokoh
SUARA RAKYAT

SUARA RAKYAT, akhbar mingguan.  Akhbar ini mula diterbitkan pada 20 September 1975.  Akhbar ini diterbitkan oleh percetakan Surat Sdn. Bhd. Yang beralamat di 60-12, Wisma Hock Aun, Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur.  Akhbar ini diterbitkan setiap hari Sabtu dan harga senaskhah ialah 30 sen.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas