Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll); bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabut (kata nama)
Bersinonim dengan kulit berserat, tepes.,

Puisi
 

Limau manis condong ke Kerling,
     Tali sabut anyam berdiri;
Tuanlah manis duduk menjeling,
     Saya menyebut setiap hari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BONGKOK SABUT UMUM 
SURAH AL-MASAD

Surah al-Masad ialah salah satu daripada surah

<i>Makkiyyahi>, surah yang ke-111 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan <i>al-Masad i>(tali yang dipintal)

berdasarkan lafaznya yang terdapat pada surah ini

dalam ayat kelima yang bermaksud: “<i>Yang lehernyai>

<i>ada tali dari sabuti>.”

UMUM 
SIRIH

 

SIRIH, <I style="mso-bidi-font-style: normal">(Piper spp.)I> sejenis pokok renek memanjat dan banyak terdapat di kawasan tropika Asia.  Sirih ditanam dengan menggunakan kayu sokongan bagi membolehkannya memanjat.  Kayu sokongan ini biasanya dibalut dengan sabut.  Orang Melayu gemar mengunyah sirih berserta pinang, gambir dan kapur.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas