SAINS SOSIAL | Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir erti kehidupan di dunia bukannya cuba menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains sosial memberi tumpuan kepada kehidupan manusia dengan orang lain dalam sesuatu kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi, ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi sosial, kriminologi, dan sains undang-undang. Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi, geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori sains sosial yang luas. | UMUM | |
SAINS | Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas yang menangani fakta cerapan dan hubungan antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal daripada perkataan Latin scientia yang bererti pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains mencari bukti tentang asal usul alam semesta. Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian, atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara dunia berfungsi. | UMUM | |
PUSAT SAINS NEGARA | Pusat Sains Negara ialah pusat pembelajaran informal tentang sains dan teknologi. Ia ditubuhkan berasaskan falsafah pembelajaran menerusi penerokaan dan penemuan demi meningkatkan kefahaman serta menimbulkan rasa ingin tahu tentang sains dan teknologi. | UMUM | |
SAINS POLITIK | Sains politik ialah kajian sistematik tentang kehidupan politik. Ahli sains politik mencari jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan, pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan asas manusia. Sains politik adalah berhubung dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan, keadilan, dan kuasa. | UMUM | |
SAINS BUMI | Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat luas yang menggabungkan banyak bidang pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi, meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal. | UMUM | |
AHLI SAINS KRISTIAN | Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan agama yang menekankan penyembuhan rohaniah. Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an. Agama ini berpunca daripada agama Kristian Protestan. | UMUM | |
PLANETARIUM NEGARA | Planetarium Negara ialah institusi penyelidikan dan pendidikan sains angkasa. Ia dikendalikan oleh Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia. Planetarium ini diketuai oleh Datuk Dr. Mazlan Othman sebagai Ketua Pengarah yang juga merupakan seorang ahli astronomi. | UMUM | |
PERSATUAN AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND UNTUK KEMAJUAN SAINS | Persatuan Australia dan New Zealand untuk Kemajuan Sains (Australian and New Zealand Association for the Advancement of Science–ANZAAS) ialah sebuah organisasi yang memainkan peranan yang penting dalam memajukan pertukaran maklumat sains di seluruh Negara-negara Komanwel. | UMUM | |
FIKSYEN SAINS | | UMUM | |
SAINS KETENTERAAN | Sains ketenteraan ialah kajian saintifik mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa peperangan. Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia termasuk: Logistik Tentera darat Tentera udara Perang Tentera laut | UMUM | |