SAYUR | Sayur adalah mana-mana satu daripada banyak makanan berkhasiat yang diperoleh daripada daun, akar, biji, batang, dan lain-lain bahagian tumbuhan tertentu. Sayur dimakan mentah atau dimasak, dan digunakan sebagai sebahagian daripada hidangan utama, dalam salad dan sup dan sebagai snek. Selain sayur dan herba yang ditanam dimakan di negara kawasan tropika, terdapat lebih kurang 100 jenis sayur yang dimakan atau ditanam di merata dunia. | UMUM | |
SELADA | Selada ialah sayur yang popular yang digunakan terutamanya untuk membuat salad. Biasanya selada dimakan segar dan tidak dimasak. Selada adalah sebahagian daripada banyak diet untuk mengawal berat badan kerana ia mengandungi sedikit kalori dan membekalkan kalsium, besi dan vitamin A. Kebanyakan jenis selada mempunyai daun yang besar berwarna hijau dan tumbuh rapat ke tanah pada batang yang sangat pendek. Selada adalah tanaman ladang yang penting di banyak kawasan di dunia, dan pekebun rumah menanam beberapa jenis selada. Perladangan selada mungkin bermula di Parsi seawal tahun 550 S.M. | UMUM | |
SADERI | Saderi ialah sayur yang popular yang berkaitan dengan lobak merah dan parsli. Ia dimakan mentah dalam salad atau dengan pencecah. Ia juga digunakan dalam sup dan sebagai hiasan bagi makanan lain. | UMUM | |
PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
TARRAGON | Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran, sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak. Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus. Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter di kawasan yang panas dan kering. Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia dracunculus . | UMUM | |