| SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
| TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
| SURAH AL-NUR | Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 64 ayat. Ia dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al- Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan kemanusiaan yang merupakan sumber daripada cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan daripada limpahan-limpahan rahmat dan kemurahan-Nya. | UMUM | |
| SURAH AL-KAHFI | Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana kandungannya menceritakan mengenai mukjizat Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib, iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima surah yang bermula dengan perkataan (alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan (alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am, Saba’, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya, pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta kesempurnaan-Nya. | UMUM | |
| SURAH LUQMAN | Surah Luqman ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 34 ayat. Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan, menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan petunjuk. Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al- Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun ayat tentangnya yang bermaksud: “... dan di kalangan daripada manusia ada orang yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan orang lain daripada Allah S.W.T...”. (Surah al-Luqman 31:6) | UMUM | |
| PLANET | Planet adalah salah satu daripada sembilan objek besar yang beredar mengelilingi matahari. Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto. Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun 1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan matahari berbanding dengan Neptun. Matahari, planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain yang dikenali sebagai asteroid, komet dan meteoroid membentuk sistem suria . | UMUM | |
| RICHARDS, VIV | Richards, Viv (1952– ), salah seorang pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat larian yang tertinggi dalam sejarah permainan kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak” yang berguna, dan seorang pemadang yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St. John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards membuat shor sentri kelas pertamanya yang keseratus pada tahun 1988. | UMUM | |
| SURAH FUSSILAT | Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat. Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan) kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan melalui ayat-ayatnya. Surah ini menjelaskan bukti kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta membawa keterangan yang tepat bagi menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya. Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam yang indah tersergam yang menggambarkan ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T.. Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir. Lihat Surah Ghafir. | UMUM | |
| SURAH FATIR | Surah Fatir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 45 ayat. Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam satu ayat dalam surah ini. Ia adalah satu sifat yang menggambarkan keindahan dan keanggunan ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang tiada tandingan. Malah secara tidak langsung menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya. | UMUM | |
| SURAH AL-QALAM | Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al- Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka tulis”. (Surah al-Qalam 68:1) | UMUM | |