Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Kacang melata di atas kota,
     Mari ditanam di kebun Cina;
Salah satu kuambil juga,
     Kalau tak dapat diri merana.


Lihat selanjutnya...(62)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASSOCIATED PRESS (AP)

Associated Press (AP) ialah salah satu

perkhidmatan pengumpulan berita yang terbesar

di dunia dan salah satu daripada dua

perkhidmatan berita umum di Amerika Syarikat.

Yang satu lagi ialah United Press International

(UPI). AP mengedarkan berita-berita

antarabangsa, wilayah dan tempatan kepada

media di seluruh dunia.

UMUM 
MILWAUKEE

Milwaukee (pend. 628 088 ) ialah bandar terbesar

di Wisconsin, Amerika Syarikat dan salah satu pusat

perindustrian utama di Amerika Syarikat. Bandar ini

ialah salah satu pusat pembuatan alat ganti kereta,

bir, serta jentera elektrik dan bukan elektrik yang

terkemuka di Amerika Syarikat.

UMUM 
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM 
SURAH TAHA

Surah Taha ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama

surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan

bahawa ia seperti surah yang lain yang pada

permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau

Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua

mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w.

sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya

dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah

S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna

“Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua

belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha

adalah perkataan daripada bahasa ‘ajam (bukan

Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat

yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan

salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.

UMUM 
BARIONSalah satu daripada kumpulan zarah-zarah bagi Zarah Keunsuran.FIZIKSumber/Bahan Alam
WALESSalah satu empat negara yang membentuk United Kingdom.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
FIKAHsalah satu dalam ajaran islamAGAMAKonsep
VOODOSalah satu kepercayaan tertua di dunia yang bertapak di Afrika semenjak permulaan tamadun manusia.AGAMAKepercayaan
STADIUM TPCASalah satu tempat kegiatan sukan.SUKANInstitusi/Organisasi
STADIUM NEGARASalah satu tempat untuk kegiatan sukanSUKANInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas