Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi (suara) anjing yg kuat: ~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah; menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; salakan salak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = salakan bunyi teriakan anjing: ~ anjing bersahut-sahutan. me­nyalak 1 mengeluarkan bunyi yg kuat (bkn anjing): Anjing yg ~ biasanya jarang-jarang menggigit. 2 menghalakan salaknya kpd: Anjing itu ~ pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tinggal kain sehelai sepinggang.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERISTIWA PASIR SALAK

PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875.  Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan.  Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SALAKSejenis pokok palmaPERTANIANFlora dan Fauna
SEPUTUM

SEPUTUM (  ?  -1876), pawang yang dititahkan oleh Sultan Perak membunuh J.W.W. Birch.  Dia juga dikenal sebagai Sekutum. Dia berketurunan Melayu dan tinggal di Pasir Salak.  Seputum telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah melalui Dato’ Maharaja Lela supaya membunuh Birch. Dia juga diperintahkan supaya merahsiakan rancangan mereka itu.  Jika dia membocorkan rahsia, dia serta anak isterinya akan dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PANDAK ENDUT

PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British.  Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak.  Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela.  Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya.  Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AOH K. HADIMADJA

penulis Indonesia.  Dia lahir pada 15 September 1911 di Bandung, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Aoh Kartahadimadja.  Dia mendapat pendidikan di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijis (MULO).  Aoh pernah bekerja di perkebunan Parakan Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Pusat Kebudayaan, di Jakarta, Balai Pustaka, Mimbar Umum, Medan (1950-1952), Sticusor Amsterdam (1952-1956), BBC London Bahagian Indonesia (1959-1970) dan PT Dunia Pustaka Jaya (1971-1973).

SASTERATokoh

Kembali ke atas