Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sale


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALE

Sale (pend. 13 853) ialah bandar di daerah

Gippsland, Victoria, Australia. Untuk lokasi, lihat

Victoria (peta politik). Sale terletak di Sungai

Thomson, iaitu cabang Sungai La Trobe dan

dikelilingi oleh daerah pertanian, padang ragut,

ladang tenusu, dan pengairan. Industrinya

meliputi kilang plastik dan syarikat perkhidmatan

yang berkaitan dengan industri minyak luar pantai

dan gas.

UMUM 
SALON

Salon, merujuk kepada sejenis bilik dan kegiatan-

kegiatan tertentu yang berlaku di dalam bilik

tersebut. Perkataan salon berasal daripada

perkataan Perancis lama sale , yang bermaksud

dewan besar .

UMUM 
RABAT

Rabat (pend. 518 616) ialah ibu negara Maghribi.

Rabat terletak di bahagian utara negara tersebut. Ia

terletak di pesisir pantai Lautan Atlantik, di muara

sungai cetek di Bou Regreg. Sungai Bou Regreg itu

memisahkan Rabat dari bandar Salé yang

mempunyai 290 000 orang penduduk.

UMUM 

Kembali ke atas