DIALEK MELAYU SAM-SAM | DIALEK MELAYU SAM-SAM, satu ragam bahasa Siam yang menjadi bahasa ibunda kelompok masyarakat Melayu yang mendiami kawasan sekitar sempadan Kedah dan Perlis dengan Thailand, dan juga di Setul, Thailand. | BAHASA | Bahasa |
SAM'ANIY, AL- | Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al- Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal kerana telah banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bilangan gurunya melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al- Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka menurut susunan abjad. | UMUM | |
SNEAD, SAM | Snead, Sam (1912–2002), pemain golf Amerika yang telah memenangi sebanyak 165 kejohanan. Dia dikenali sebagai “Slammin’ Sammy” kerana pukulannya yang kuat dan ayunannya yang lancar dan bersahaja. | UMUM | |
SHEPARD, SAM | Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal menggambarkan masyarakat Amerika sebagai mati, merosot, atau mengalami kemusnahan. Kebanyakan karya Shepard menggabungkan simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven (1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan Country (1984). | UMUM | |
KIM YOUNG SAM | Kim Young Sam (1927- ), Presiden Republik Korea Selatan (1993–1997). Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1927 di Pulau Koje, Pusan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NABI IBRAHIM A.S. | Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al- Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang salih”. (Surah al-‘Ankabut 29:27) | UMUM | |
TARKINGTON, BOOTH | Tarkington, Booth (1869–1946) ialah penulis novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah, Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900) yang sentimental dan romantik kepada Penrod (1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921) sebuah karya realisme. Karya novel triloginya berjudul Growth (1927) memaparkan keratan rentas kehidupan di bandar seperti yang terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons (1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam (1916), dan Seventeen (1916) memaparkan kegembiraan dan masalah golongan muda. | UMUM | |