Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.wi] | سماوي

Definisi : Ar 1. berkaitan dgn langit (cakera-wala); 2. berkaitan dgn ketuhanan: solat adalah titik pertemuan antara agama ~ drpd Adam hingga Muhammad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samawi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLA SAMAWI

Pola samawi lihat Astronomi.

UMUM 
KHATULISTIWA SAMAWI

Khatulistiwa samawi lihat Astronomi.

UMUM 
ASTROLAB

Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli

astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur

sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada

sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai

bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap

tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat

pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya

mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur

ketinggian bintang itu.

Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat

lain yang lebih tepat.

Lihat juga Sekstan.

UMUM 
ZENIT

Zenit, dalam ilmu astronomi, ialah titik di langit

yang terletak tepat di atas seseorang yang berdiri

di permukaan bumi. Zenit terletak pada sfera

samawi, tetapi kedudukannya berbanding dengan

kedudukan bintang bergantung pada kedudukan

geografi orang itu.

UMUM 
ARGELANDER, FRIEDRICH WILHELM AUGUST

Argelander, Friedrich Wilhelm August

(1799–1875), ahli astronomi Jerman-Finland dan

profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah

membuat katalog dan mencartakan lebih daripada

300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi

utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah

menubuh dan menjadikan pengajian tentang

perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi

dengan mengkaji sejarah perubahan bintang-

bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di

Meme (kini Klaipeda), Lithuania.

UMUM 
AGAMA YAHUDI

Agama Yahudi, salah satu agama samawi. Agama Yahudi diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi yang terpilih menjadi rasul dan menyeru manusia mentauhidkan Allah di samping agama Kristian dan Islam.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
KOSMOS

Kosmos, dalam bidang fizik dan astronomi,

ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada

apa-apa sahaja yang wujud, daripada atom yang

paling kecil hingga kepada jasad samawi yang

paling jauh

UMUM 
ZODIAK

Zodiak ialah jalur bintang yang kelihatan seperti

mengelilingi bumi. Ia menganjur kira-kira 8° di

kedua-dua sisi ekliptik (laluan pergerakan matahari

di keliling bumi). Bulan dan planet lain berada

dalam jalur ini sepanjang pergerakannya

mengelilingi sfera samawi.

UMUM 
PERANG SALIB

Perang Salib ialah nama sempena serangan

askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu

gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini

berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14

M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama,

iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari

segi geografi yang menyambungkan di antara

timur dengan barat, dan keinginan menguasai

tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga

bertujuan menyekat usaha pembukaan negara-

negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat

toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain.

Mereka telah menyusun tentera yang datang dari

Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan

utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan

1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun

peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan

peningkatan kekuatan senjata.

UMUM 

Kembali ke atas