ACTS OF THE APOSTLES | Acts of the Apostles ialah buku kelima Kitab Perjanjian Baru. Ia merupakan sambungan kepada Gospel of Luke. Gospel dan Acts ini ialah jilid satu dan dua daripada karya yang sama. Mengikut tradisi Kristian, Acts ditulis oleh Luke, sahabat kepada Saint Paul. Tetapi ramai sarjana mencurigai keberanian ini. Kebanyakan sarjana percaya bahawa Luke dan Acts ditulis pada tahun 85 M. | UMUM | |
SIKU | Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan atas dengan lengan bawah seseorang. Humerus – tulang lengan atas dan radius dan ulna – tulang tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi humerus-ulna dan sendi humerus-radius membolehkan seseorang membengkokkan lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna dan sendi humerus-radius membolehkan seseorang memutarkan lengan bawah dan memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah. | UMUM | |
PERANG RUSIA-FINLAND | Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat dalam “Perang Musim Sejuk” dari tahun 1939 hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu “Perang Sambungan” berlaku dari tahun 1941 hingga tahun 1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan tersebut. | UMUM | |
HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN | HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN, novel yang ditulis oleh Ahmad Kotot. Novel ini pertama kali diterbitkan dua jilid dengan tulisan Jawi setebal 268 halaman; 100 halaman pertama diterbitkan pada tahun 1927, manakala sambungan novel ini diterbitkan pada tahun 1928. | SASTERA | Karya |
SESENDAL | Sesendal ialah silinder berongga yang digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga mungkin digunakan untuk menyambungkan paip dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya. Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk menebat sambungan litar. | UMUM | |