Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah <i>Makkiyyahi>, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama <i>al-Rum i>sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang bermaksud: “<i>Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telahi> <i>dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan merekai> <i>sesudah kekalahannya itu akan mengalahkani> <i>lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahuni> <i>...”.i> (<i>Surah al-Rum i>30:1–4) |