| PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA | PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA, proses pemantapan bahasa. Perancangan bahasa di Indonesia, berciri multilingual kerana selain bahasa Indonesia dan bahasa daerah yang jumlahnya sampai sekarang belum diketahui secara tepat, bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga digunakan di Indonesia. Terdapat sekitar 600 bahasa daerah di Indonesia. | BAHASA | Bahasa |
| TIKAMAN BAHASA | TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. | BAHASA | Penerbitan |