SAMPAN | Sampan ialah bot kecil yang digunakan terutamanya di sungai dan di pelabuhan di China, Jepun, dan pulau-pulau yang berdekatan. Biasanya sampan mempunyai kabin yang berbumbungkan tikar. Ramai orang menggunakan sampan sebagai rumah. Sampan didayung dengan sebilah dayung ataupun lebih dan sesetengahnya mempunyai layar. Lihat juga Tempat berteduh (gambar: Bangsal bot Timur). | UMUM | |
KAYAK | Kayak ialah sejenis sampan yang ringan dan sempit yang kelihatan seperti kanu tetapi mempunyai dek yang tertutup. Dek itu mempunyai satu hingga empat tempat terbuka yang disebut sebagai kokpit. | UMUM | |
PERAHU LAYAR | Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil, yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel, daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perahu layar, lihat juga Belayar. | UMUM | |
BIDUK | BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi. Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja. Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat. Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang. Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
STYX | Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon, seorang pendayung sampan, sering kali diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan menghabiskan masa selama sembilan tahun di Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib. Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus masuk ke Alam Ghaib. Lihat juga Charon; Hades; Tartarus. | UMUM | |
SUNGAI AISNE | Sungai Aisne ialah sungai yang terletak di timur laut Perancis. Sungai ini bermula dari hutan Argonne berhampiran Ste. Menehould. Ia mengalir ke utara dan kemudian ke barat sebelum memasuki Sungai Oise berhampiran Compiègne. Sungai Aisne sepanjang kira-kira 290 kilometer. Sampan kecil dapat mudik di sepanjang sungai ini. Terusan pula menjadi penghubung Sungai Aisne dengan Sungai Seine dan Sungai Meuse. Dalam Perang Dunia I, tiga pertempuran hebat berlaku di lembah Sungai Aisne. | UMUM | |
MOTUAN | Motuan ialah satu kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 10 000 orang yang tinggal di Port Moresby, Papua New Guinea dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Mereka berbangsa Melanesia dan agak baru di Papua New Guinea. Anggota kumpulan ini mula-mula tiba di sini kira-kira 5000 tahun yang lalu. Orang Papua yang tinggal berhampiran sudah menetap di situ sejak dahulu lagi. Bahasa Motuan ada kaitannya dengan bahasa pertuturan di New Hebrides dan Fiji. Wanita Motuan mahir membuat barangan tembikar dan sejak berabad lamanya, kaum lelakinya memperdagangkan barangan tembikar tersebut dengan orang yang tinggal di sepanjang Teluk Papua untuk mendapatkan sagu. Ekspedisi perdagangan yang biasa dan dikenali sebagai hiri membawa barangan tembikar ini dalam lakatois (sampan). | UMUM | |
PERLAK | PERLAK, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Nusantara, Perlak terletak di Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Sumatera, Indonesia. Menurut catatan sejarah, sebelum kedatangan agama Islam, Perlak diperintah oleh raja-raja keturunan Siam. Daripada catatan kitab Idhamul Hao karangan Abu Ishak al-Makarani, negeri ‘Peureulak’ adalah sebuah negeri yang tertua di Sumatera dan namanya terkenal sepanjang abad di kalangan para pedagang dunia dari China, Arab, Parsi, Hindustan, Itali, Portugis dan lain-lain yang melalui Selat Melaka. Di Perlak juga suatu masa dahulu banyak terdapat kayu yang dikenal sebagai kayu ‘peureulak’, yang sangat baik untuk dijaikan bahan binaan kapal, perahu, sampan dan bahtera. Oleh sebab kayu ini banyak dieksport, dan sempena nama kayu tersebut, maka tempat itu pun dikenal sebagai negeri Perlak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |