SANDAKAN | SANDAKAN, ibu negeri yang pertama bagi Sabah. Nama Sandakan berasal daripada bahasa suku Suluk, iaitu ‘Sanda’ yang bermaksud sandar atau gadai. Mengikut cerita tempatan, pada masa awal penubuhan Sandakan terdapat sebuah kedai tempat penduduk tempatan boleh menyandarkan barangan mereka untuk mendapatkan wang. Justeru itu, Sandakan lebih dikenal sebagai ‘tempat untuk sandarkan barang’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI | ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh Orang Sungai di daerah Labuan-Sugut, Sandakan dan utara Kinabatangan, Sabah. Calon isteri ditentukan oleh ibu bapa mereka. Malah dalam beberapa keadaan, sesuatu perkahwinan diatur terlebih dahulu sebelum seseorang anak itu dilahirkan. Hingga kini penglibatan ibu bapa dalam urusan perkahwinan masih tidak diketepikan. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. | BUDAYA | Konsep |
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |
DALING-DALING | DALING-DALING, tarian suku kaum Bajau di Semporna dan suku kaum Suluk di Sandakan, Sabah; dipercayai berasal dari Pulau Mindanao. Tarian ini dibawa oleh orang Suluk yang berhijrah ke Sabah. Disebabkan ada persamaan antara orang Suluk dengan Bajau Laut dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian, wujudlah asimilasi dan saling pengaruh-mempengaruhi sehingga tarian ini seolah-olah menjadi milik suku kaum bajau. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ARANG BATU | Sejenis galian yang pada suatu masa penting dalam ekonomi Malaysia. Antara kawasan yang mengeluarkan arang batu termasuklah Simunjan di Sungai Sadong dalam Bahagian Pertama Sarawak, di kawasan selatan Teluk Sandakan di Sabah dan Batu Arang di Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
IDAHAN | IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan. Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
USNO | USNO, parti politik. USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation. Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah. Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan. Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah. Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin. Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
OBASIAH HAJI USMAN | OBASIAH HAJI USMAN (1959 - ), penulis. Dia lahir pada 30 Disember 1959 di Kudat, Sabah. Obasiah juga dikenal dengan nama Arnida H.O. Dia mendapat pendidik awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Dusun Lambak sebelum meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah St. Cecilia, Sandakan hingga tamat Tingkatan Lima dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
FRANS NADJIRA | FRANS NADJIRA (1942 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 3 September 1942 di Makasar, Sulawesi, Indonesia. Sejak muda dia gemar belayar dengan perahu Bugis sampai di Medan dan Sandakan. Dia juga pernah bekerja di hutan Kalimantan. Pengalamannya ini banyak terakam dalam beberapa karya sasteranya. Pada tahun 1979, dia bersama-sama Arswendo Atmowiloto menghadiri International Writing Program di lowa City, Amerika Syarikat, mewakili sasterawan Indonesia dalam pertemuannya dengan sasterawan dunia. | SASTERA | Tokoh |