Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIMU

Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok

tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali

sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik

dan sangat berharga, digunakan untuk membina

rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal

hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi,

dengan dahannya yang melentok berwarna hijau

pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada

batangnya. Seperti semua pain, pokok ini

mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada

bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh

di hujung dahan; bunga jantan dalam “bentuk

mayang” dan bunga betina dalam bentuk kon kecil.

Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan

atau bunga betina.

UMUM 
AYAM ITIK

Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi

mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan

makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan

jenis ternakan yang paling banyak dipelihara.

Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa,

ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis

ternakan ini sangat berharga di negara-negara

tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila

adalah ternakan penting di Perancis, manakala

petani di bahagian timur Eropah pula memelihara

banyak angsa.

UMUM 
SIERRA LEONESierra Leone ialah negara kecil yang terletak di
bahagian yang “membonjol” di barat Afrika, di utara
khatulistiwa. Sierra Leone menghasilkan sebahagian
besar berlian – salah satu barang yang sangat
berharga di dunia, dan antara negara utama yang
mengeluarkan berlian untuk membuat batu permata
dan juga digunakan dalam industri.
UMUMKonsep

Kembali ke atas