SANTA FE | Santa Fe (pend. 441 982) ialah pusat perniagaan dan perkapalan di timur-tengah Argentina. Letaknya di tebing barat Sungai Paraná di kuala Sungai Salado (lihat Argentina [peta politik]). Bandar ini ialah ibu provinsi Santa Fe. Peneroka dari Asunción, yang kini Paraguay, mengasaskan Santa Fe berhampiran dengan tapaknya kini pada tahun 1573. Tetapi tapak Santa Fe kini tidak diduduki secara tetap hingga tahun 1651. | UMUM | |
SANTA ANA | Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan pusat perdagangan yang penting, terutamanya untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian lain yang penting di Santa Ana termasuk pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador (peta politik). | UMUM | |
SANTA FE TRAIL | Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam era prakereta api. Jalan ini bermula di Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe, New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron, Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort (berhampiran La Junta, Colorado), kemudian berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering. Pengembara mengangkut barangan mereka menggunakan kuda dan kemudian menggunakan wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821. | UMUM | |
SANTA MARTA | Santa Marta (pend. 218 205) ialah pelabuhan laut berhampiran hujung utara Colombia. Untuk lokasi, lihat Colombia (peta). Bandar ini penting sebagai pusat kapal penghantaran pisang. Beberapa tahun dahulu bandar ini menjadi tempat yang digunakan oleh para pengembara untuk memulakan usaha mencari El Dorado. Santa Marta diasaskan pada tahun 1525 oleh Rodrigo de Bastidas, ahli pelayaran dan penjelajah Sepanyol. Ia adalah petempatan tetap yang tertua di Amerika Selatan. Tidak jauh dari situ ialah hacienda (estet) San Pedro Alejandrino dan di sinilah pembebas Amerika Selatan, Simón Bolívar menghabiskan hari-hari terakhirnya sebelum meninggal dunia pada tahun 1830. Lihat juga El Dorado. | UMUM | |
SANTA KLAUS | Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang memakai pakaian bulu berwarna merah. | UMUM | |
SANTA ANNA, ANTONIO LÓPEZ DE | Santa Anna, Antonio López de (1794–1876) ialah anggota tentera dan ahli politik Mexico. Dia menjadi presiden Mexico sebanyak 11 kali dan sering memerintah sebagai diktator namun dia kerap kali digulingkan. | UMUM | |
JOAN OF ARC, SANTA | | UMUM | |
SUNGAI URUGUAY | Sungai Uruguay ialah sebahagian daripada sistem Sungai Paraná dan Sungai La Plata di Amerika Selatan. Sungai Uruguay bermula di negeri Santa Catarina, di bahagian selatan Brazil. Ia mengalir ke barat dan menuju ke selatan sepanjang kira-kira 1600 kilometer, sebelum berakhir di Teluk Río de la Plata. Sungai Uruguay membentuk sebahagian sempadan antara Brazil dan Argentina. Sebelum berakhir di Río de la Plata, sungai ini membentuk sebuah tasik selebar antara enam hingga 11 kilometer. Lihat Brazil (peta); Uruguay (peta). | UMUM | |
SAN JOSE | San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw. met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang utama dan salah sebuah pusat pembuatan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80 kilometer ke selatan San Francisco. Keluaran utama industri elektronik di sini ialah komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan terdapat banyak industri komputer dan industri yang berkaitan dengan komputer. | UMUM | |
PULAU FLORES | Pulau Flores (pend. 4367), terkenal kerana tumbuhan hijau yang banyak, ialah pulau yang paling barat milik Portugis Azores. Kawasannya meliputi 143 kilometer persegi. Pekerjaan utama penduduknya ialah menghasilkan tenusu dan memelihara lembu. Santa Cruz ialah bandar utama. Lihat jug a Azores. | UMUM | |