Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BINGKA

BINGKA, sejenis kuih yang dibakar.  Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu.  Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung.  Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka.

BUDAYAMakanan
DODOLDODOL, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka atau gula enau dan kadang-kadang dicampuri durian. Dodol juga dikenal sebagai kelamai. Dodol dibuat untuk juadah hari raya atau majlis perkahwinan. Bahan untuk membuat dodol mestilah bermutu tinggi dan bersih. BUDAYAMakanan
WAJIK

WAJIK,  penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula dan santan.  Wajik juga dinamakan pulut kacau di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan nasi manis di kawasan selatan.  Wajik yang dibuat daripada gula merah biasanya lembut jaringannya dan di utara, wajik jenis ini dinamakan pulut kacau gula merah.

BUDAYAMakanan
BUBUR

BUBUR, makanan yang lunak dan berair; diperbuat daripada beras, pulut, jagung, kacang hijau, kacang merah atau gandum.  Bahan ini direbus dengan air sehingga empuk dan kemudian dicampur dengan santan dan gula bagi bubur manis atau dengan garam bagi bubur lemak.

BUDAYAMakanan
SERI KAYA

SERI KAYA, makanan yang diperbuat daripada telur, santan dan gula dan biasanya dimakan dengan roti.  Bahan-bahan ini dipukul sehingga kembang dan dimasak dengan cara dikukus, direbus atau dibakar.  Seri kaya juga disebut sebagai sekaya. 

BUDAYAMakanan
REJAB F.I.

REJAB F.I. (1941-   ), penulis. Dia lahir pada 12 September 1941 di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis. Nama sebenarnya ialah Rejab bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Santan, Sekolah Melayu Paya dan Sekolah Melayu Kangar hingga tahun 1956.

SASTERATokoh
GULAI

GULAI, lauk berkuah. Bahan utama gulai ialah daging, ikan air tawar atau ikan laut yang dimasak bersama-sama santan, dicampur rempah dan herba-herba lain. Di utara Semenanjung, gulai dikenal sebagai kari. Masakan ini berasaskan kari ala-India. Di tempat-tempat lain di Semenanjung,kari tidak termasuk dalam kategori gulai.

BUDAYAKonsep
OTAK-OTAK

OTAK-OTAK, sejenis lauk yang dibuat daripada isi ikan atau udang yang dicampur dengan kelapa, rempah-rempah dan herba, dibungkus dalam daun kelapa dan dipanggang. Ada dua cara membuat otak-otak. Di utara Semenanjung Malaysia, ketulan isi ikan seperti ikan tenggiri dibungkus di dalam daun pisang dan dikukus. Ikan itu dicampur dengan santan, daun-daun herba, tempah dan kadang-kadang telur.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas