Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.put] | ساڤوت

Definisi : lapisan yg tipis, selaput; menyaput, menyaputi melitupi sesuatu dgn benda-benda yg tipis (embun, awan, selaput, dll): masjid itu pun disaput orang dgn ber-bagai-bagai warna; di tengah tasik itu ada sebuah pulau sentiasa berasap spt disaput embun rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.put] | ساڤوت

Definisi : ; akar ~ tunggal sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung janing, Tylophora tenuis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.put] | ساڤوت

Definisi : lapisan yg tipis. menyaput me­nutup atau melitupi sesuatu dgn benda tipis; membubuh saput pd. menyaputi menjadi spt saput pd; menutupi: Kelihatan kabus ~ kawasan perkampungan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saput (kata nama)
Bersinonim dengan selaput, kulit nipis, lapisan tipis, kulit ari, selupat, keropeng, silir bawang, gendang-gendang, kerak, bular, salut;,
Kata Terbitan : menyaput, menyaputi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEORI DUA SAPUTTeori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum

Kembali ke atas