Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarangnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERPATI PULANG

Merpati pulang ialah merpati baka khas yang

dihasilkan untuk perlumbaan dan membawa

utusan. Merpati ini boleh dilatih untuk pulang ke

sarangnya apabila ia dilepaskan dari tempat jauh.

Keupayaannya untuk pulang telah dipertingkatkan

bagi melalui pembiakan baka yang terpilih.

UMUM 
BURUNG REN

Burung ren ialah nama bagi sekumpulan burung

kecil yang lincah yang terdapat di kebanyakan

bahagian dunia. Burung ren amat melindungi

sarangnya. Sesetengah burung ren diketahui

memasuki sarang burung lain yang berhampiran

dan menebuk telur di dalam sarang tersebut.

UMUM 
ORIOL

Oriol ialah nama dua kumpulan burung hutan

yang berlainan, yang berbulu terang, terutamanya

berwarna kuning dan hitam, atau merah dan hitam.

Oriol Dunia Lama biasanya bersarang tinggi di atas

pokok, sarangnya tergantung di antara dahan yang

bercabang. Atau, ia cenderung bersarang dalam

lubang pada pokok. Oriol bersiul dengan kuat,

yang seakan-akan bunyi seruling. Oriol memakan

buah dan serangga. Oriol keemasan bersarang di

Eropah dan menghabiskan musim sejuk di Afrika.

Oriol Amerika tergolong dalam famili burung

hitam. Lihat Burung hitam.

Pengelasan saintifik. Oriol Dunia Lama tergolong

dalam famili Oriolidae. Oriole Eropah ialah Oriolus

oriolus. Oriole Amerika tergolong dalam famili Icteridae.

UMUM 
MERPATI PEMBAWA UTUSAN

Merpati pembawa utusan ialah burung yang

asalnya dibiakkan bakanya daripada merpati yang

digunakan untuk membawa utusan dari satu

tempat ke tempat lain.

Walau bagaimanapun,

bertahun-tahun lamanya

merpati ini telah

kehilangan naluri pulang

ke sarangnya. Kini ia

dipelihara sebagai

burung pertunjukan.

Merpati pembawa utusan

ini berwarna biru, hitam,

putih, perang kekelabuan,

atau kuning. Ia lebih

besar daripada merpatimerpati

lain, dan ia tegak.

Burung ini mempunyai

sayap dan kaki yang kuat.

Ia mempunyai ketumbuhan yang besar, berisi di

sekeliling matanya yang besar,dan berwarna

kuning pada paruhnya. Ketumbuhan ini mungkin

meliputi hidung merpati tua.

UMUM 
SEMUT POKOK HIJAU

Semut pokok hijau di kawasan tropika Australia

adalah satu daripada anggota yang paling luar biasa

dalam famili semut. Semut ini tidak bersarang dalam

tanah, sebaliknya ia membuat sarang di atas pokok

dengan menjambakkan daun dan mengikatnya

dengan bebenang bak sutera. Ia akan menyerang

apa-apa sahaja yang mengusik sarangnya.

UMUM 
AYE-AYE

Aye-aye ialah haiwan kecil bak tupai di

Madagascar. Ia tergolong dalam kumpulan yang

dinamakan lemur . Aye-aye berwarna perang, kira-

kira sebesar arnab. Ia mempunyai mata dan telinga

yang besar. Ia paling aktif pada waktu malam,

apabila ia memburu serangga untuk dimakan. Aye-

aye menggunakan jari ketiganya yang panjang dan

halus untuk mengeluarkan serangga pengorek dari

lubang di dalam batang pokok. Pada siang hari,

aye-aye bersembunyi di sarangnya daripada

ranting yang dibina dalam pokok di hutan. Aye-aye

adalah spesies yang terancam. Pertumbuhan

kampung memusnahkan hutan yang diperlukan

oleh haiwan ini untuk hidup. Kerajaan Madagascar

melarang pemburuan aye-aye, dan mewujudkan

beberapa hutan simpanan untuk melindungi

spesies ini.

Pengelasan saintifik. Aye-aye ialah ahli order Primat.

Ia membentuk familinya sendiri, Daubentoniidae

merupakan satu spesies Daubentonia madagascarienis .

UMUM 
MADU

Madu ialah bendalir yang manis, pekat yang

dihasilkan oleh lebah dari nektar bunga. Nektar

ialah cecair yang cair. Lebah menyedutnya dari

bunga mekar dan membawanya ke sarang. Setiap

lebah pekerja mempunyai kantung dalam

badannya yang dikenali sebagai perut madu,

tempat nektar disimpan. Dalam kantung ini, gula

dan nektar diuraikan oleh proses yang dikenali

sebagai inversi menjadi dua gula ringkas, iaitu

fruktos dan glukos. Selepas lebah menyimpan

nektar dalam sarangnya, ia membiarkan

kebanyakan air menyejat dan cecair menjadi pekat.

Ia juga menambahkan enzim yang menyedapkan

rasanya.

UMUM 
SUP SARANG BURUNG

Sup sarang burung ialah makanan orang Cina

yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada

sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia

Tenggara yang tergolong dalam famili burung

layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan

dengan air liur yang telah keras daripada burung

swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini

menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup

kelihatan menarik. Rasa sup datangnya

terutamanya daripada jenis air rebusan sarang

burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung

yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air

rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan

ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik

dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup

sarang burung termasuk sup masin yang dihidang

sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut

yang manis yang dibuat dengan tembikai.

UMUM 
BOWERBIRD

Bowerbird ialah nama 18 spesies (jenis) burung

yang hidup di Australia, New Guinea dan pulau-pulau

yang berdekatan. Burung ini dinamakan

bowerbird kerana sarangnya dinamakan bower.

UMUM 

Kembali ke atas