Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YOGA

Yoga ialah istilah yang mempunyai dua erti, iaitu

(1) satu mazhab dalam agama Hindu, dan (2) satu

sistem latihan mental dan fizikal yang

dikembangkan oleh mazhab tersebut. Pengikut

mazhab yoga dikenali sebagai yogi atau yogin

UMUM 
DARJAHDarjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil

ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit

ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah

(1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan

dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan

lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)

ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.

Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60

unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula

dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah

cabang matematik seperti trigonometri, sudut

diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.

UMUM 
MINIT

Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur

masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu

jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh

sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka

satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam

pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah.

Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah.

Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah

bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut

dibahagikan kepada 60 saat.

UMUM 
SAAT

Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk

mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s.

Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan

satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan

24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400

daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut,

60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60

minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi

kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000

daripada satu bulatan.

UMUM 
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi – selain dari matahari

– ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM 
OCTILLION

Octillion. Di United Kingdom, satu octillion ialah

1 diikuti oleh 48 sifar. Di Perancis dan Amerika

Syarikat, octillion ialah 1 diikuti oleh 27 sifar. Lihat

juga Sistem perpuluhan (Sistem perpuluhan dan

bilangan nombor).

UMUM 
AMPERE

Ampere ialah unit yang digunakan untuk

mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah

satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik,

dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk

mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per

minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik

mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb

(unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian

litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ).

Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb

per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya

magnetik, yang diukur dalam newton, yang

dihasilkan oleh arus.

UMUM 
SHILLING

Shilling ialah duit syiling dalam sistem mata

wang British. Shilling ialah bersamaan dengan

12 pence, dan 1/20 daripada satu paun sterling.

Shilling telah digantikan pada tahun 1971 dengan

duit syiling yang mempunyai nilai yang sama

dengan sekeping duit syiling lima pence yang

baru. Bagaimanapun, shilling masih lagi menjadi

unit kewangan di beberapa negara di Afrika.

UMUM 
SARINGAN ERATOSTHENES

Saringan Eratosthenes ialah satu kaedah yang

dicipta oleh ahli matematik Yunani, Eratosthenes

untuk mengenal pasti nombor perdana . Nombor

perdana ialah nombor selain nombor 1 yang hanya

boleh didarabkan secara genap dengan 1 dan

dengan nombor itu sendiri. Kini, komputer

elektronik boleh digunakan untuk mengenal pasti

nombor perdana, tetapi sistem itu masih sama

dengan kaedah yang digunakan oleh Eratosthenes.

UMUM 
NEVADA

Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat

Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di

Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang

yang membenarkan hampir segala jenis perjudian

di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di

Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai

pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan,

Nevada merupakan salah satu negeri Amerika

Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya

adalah antara yang terkecil berbanding dengan

negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama

tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno

ialah bandar kedua terbesar.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas