RIYADH | Riyadh, wilayah di bawah kerajaan Arab Saudi yang ke-113 mengikut sistem pembahagian wilayah Arab Saudi. Lihat Arab Saudi . | UMUM | |
MADINAH AL-MUNAWWARAH | Madinah al-Munawwarah , salah satu daripada 13 wilayah di dalam kerajaan Arab Saudi berdasarkan sistem pembahagian wilayah di Arab Saudi. Lihat Arab Saudi. | UMUM | |
ARAB SAUDI | Arab Saudi ialah sebuah negara yang besar di Timur Tengah yang juga salah sebuah negara pengeluar petroleum yang utama di dunia. Kebanyakan kawasan negara ini terdiri daripada gurun yang luas yang dihuni oleh sejumlah kecil penduduk dengan sedikit atau tiada tumbuh- tumbuhan. Tetapi, di dasar bumi Arab Saudi terdapat mendapan petroleum yang terbesar di dunia. | UMUM | |
SAUDI PERTAMA, KERAJAAN | Saudi Pertama, Kerajaan bermula pada tahun 1157 H. bersamaan 1744 M. dan berakhir pada tahun 1233 H. bersamaan 1818 M. hasil daripada termeterainya perjanjian damai dengan Ibrahim Basya. Keluarga Sa‘ud dinasabkan kepada datuk mereka, iaitu Sa‘ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn Murkhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi‘ah ibn Mani ibn Rabi‘ah al-Muridiy, iaitu Nasab yang diyakini benar. Nasab mereka terhenti kepada Bakar ibn Wa’il dari Kabilah Adnan yang tulen. | UMUM | |
TA'IF | Ta‘if adalah salah sebuah bandar di Arab Saudi yang menjadi destinasi pelancongan terkenal di kalangan penduduk tempatan. Ia juga merupakan kawasan kediaman keluarga diraja Arab Saudi dan pusat seminar kebangsaan yang diadakan di dalam negeri. | UMUM | |
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH | Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi, bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya, daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya, daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al- Mukarramah yang menyaksikan turunnya perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al- Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al- Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan dan pembangunan kerana ia merupakan tempat tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun. | UMUM | |
ENSIKLOPEDIA ARAB ANTARABANGSA | Ensiklopedia Arab Antarabangsa ialah satu projek Arab Saudi di bawah inisiatif dan biayaan seorang ahli keluarga diraja, iaitu Putera Sultan ibn Abd al-Aziz al-Sa’ud, Timbalan Kedua di Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Arab Saudi. | UMUM | |
RIYAL | Riyal ialah nama mata wang utama di Arab Saudi, Iran, Oman, Qatar dan Yaman. | UMUM | |
RATEL | Ratel ialah haiwan bak badser yang hidup di Arab Saudi, India, Nepal, dan di sebahagian besar Afrika. Ia juga dikenali sebagai badger madu kerana ia sering memakan madu. | UMUM | |
SIDDIQIY, MUHAMMAD NAJATULLAH | Siddiqiy, Muhammad Najatullah (1350 H.– / 1931 M.– ), pemikir Islam dari Arab Saudi. Dia lahir di bandar Kurakubur, India. Dia ialah tokoh penting yang membina fahaman ekonomi Islam moden. Dia mendapat pendidikan rendah, menengah dan sains di Sekolah Islamiyyah Universiti Allahabad yang terletak di Kurakubur, kemudian mendaftar di Ma‘had Thanawiy li al-Dirasat al-Islamiyyah. Di situ dia belajar dengan mendalam ilmu tafsir, hadith, fiqh dan bahasa Arab selama lima tahun. Dia menamatkan pengajiannya di ma‘had tersebut pada tahun 1955. Kemudian dia menuntut di Universiti Islam Aligarh sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1958 dan memperoleh Ijazah Sarjana pada tahun 1960, serta Ijazah Kedoktoran dalam bidang ekonomi pada tahun 1966. Seterusnya dia bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Aligarh, dan dilantik sebagai Profesor Madya pada tahun 1975. | UMUM | |