SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI DBP/DBKL | Pertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh DBP/DBKL. | SASTERA | Kegiatan |
SAYEMBARA | SAYEMBARA, buku kumpulan cerpen yang terhasil daripada sayembara atau peraduan Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA yang diadakan pada setiap tahun semenjak tahun 1979. Sayembara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, mulai tahun 1980 sehinggalah Sayembara IX yang terbit pada tahun 1995. Kumpulan cerpen ini penting kerana ia dapat memberikan gambaran tentang perkembangan dan mutu penulisan cerpen Melayu semasa. | SASTERA | Kegiatan |
TELEGRAM | TELEGRAM, novel karya Putu Wijaya. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara mengarang novel yang diselenggarakan oleh Panitia Tahun Buku Internasional 1972. Telegram telah diterbitkan pada tahun 1973 oleh Pustaka Jaya, Jakarta. | SASTERA | Karya |
ROYAN REVOLUSI | ROYAN REVOLUSI, novel karya Ramadhan K.H. Novel yang ditulis pada tahun 1961 ini memenangi hadiah pertama Sayembara Penulisan Novel UNESCO-Ikatan Penerbitan Indonesia pada tahun 1968. Pada tahun 1971, novel ini diterbitkan oleh Penerbit Gunung Agung, Jakarta. Novel setebal 308 halaman ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Monique Zaini-Lajoubert. | SASTERA | Karya |
SANDERA | SANDERA, novel karya Sasterawan Negara Arena Wati. Novel ini telah memenangi hadiah ketiga Sayembara Mengarang Novel sempena 10 tahun menyambut kemerdekaan Malaysia. Pada tahun 1971, novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Mulai tahun 1977 hingga tahun 1989, novel ini digunakan sebagai teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). | SASTERA | Karya |
ZIARAH, | ZIARAH, novel karya Iwan Simatupang. Novel ini diterbitkan pada tahun 1969 oleh Penerbit Djambatan, di Jakarta, Indonesia. Ziarah pernah mendapat Hadiah harapan pada sayembara UNESCO yang dianjurkan oleh Ikatan Penerbitan Indonesia dan hadiah Sastera ASEAN 1977. | SASTERA | Adat |
HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH | HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH, peraduan menulis novel. Peraduan ini merupakan salah satu kegiatan GAPENA menerusi pertandingan menulis novel selepas sayembara menulis novel ESSO-GAPENA. Ia dilancarkan pada hari Ahad, 5 Mac 1978, di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Setiap para peserta diberi tempoh satu tahun bagi menyerahkan manuskrip yang telah disiapkan. Ini bermakna tarikh akhir bagi menyerahkan naskhah ialah pada 5 Mac 1979, genap satu tahun selepas pelancarannya. Keputusan diumumkan sekitar bulan Ogos 1979 sempena Mesyuarat Agung GAPENA ke-8. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
PERADUAN MENGARANG CERPEN | PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen. | SASTERA | Konsep |